Showing posts with label friendship. Show all posts
Showing posts with label friendship. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Ukhuwah Fillah (2)

Darjah 2 Asiah

Kebanyakan kawan yg dari 1 Aisyah masuk 2 Asiah.
Tapi ade wujud beberapa muka baru. MaRais dari 1 ruqaiyah,
Siti Nur Hasanah baru pindah sekolah. Kita ingat Ainul masuk Hira' masa darjah 2 tapi rasanye bukan kelas 2 Asiah...

Permainan yg popular masa darjah 2:

  1. Zero Kandes: Main lompat2 getah. Zero Point yg telah diberi nafas baru. Kalau main zero point lompat guna 1 tali, Zero kandes pulak 2.
  2. Buat serbuk warna-warni guna pemadam. cara: gosok pemadam pada batu akan menghasilkan serbuk. Masa tu, sape yg dapat buat warna yg paling menarik dan serbuk yg paling halus adalah yg paling hebat. (tah hape2 betul permainan dulu kala, x de motif). Tapi Jihan punya selalu yg paling hebat. Kita pernah nak try buat. tapi pastu kena marah ngan mak sebab membazir pemadam.
  3. Main perkataan. ala yg ade column nama, binatang, negara/negeri, buah, benda. pilih satu huruf, sape yg paling cepat siap dia menang. Permainan yang agak popular dan boleh dikatakan berfaedah la gak. Ada orang siap dah buat list possible answer dah..


Tak banyak sangat benda yang ingat masa darjah 2.

Darjah 3 Khadijah, 4 Nusaibah.
Kenapa letak sekali? sebab kedudukan kelas yg sama selama 2 tahun, jadi ingatan pun dah tertukar2.

Masa darjah 3, kelas kitorg kat sudut belakang sekolah. antara bangunan paling lama yg ade kat SRIH time tuh. kelas depan paya, sebelah kilang. Kelas kitorg jugak ditengah-tengah kelas laki. di apit oleh 3 khandak ngan 2 khaibar x silap. antara orang yang kita ingat baru masuk antara darjah 3/4, ialah , Fatimah Sarip, Fatimah Mohsein?, Kholeedah, Zinnirah. Zinnirah Masuk2 je terus jadi pencabar utama Mahfudzah dlm lompat jauh, lompat tinggi.

Antara yg diingati:

  1. Satu hari balik dari PJ (pendidikan Jasmani) banyak yang hilang barang dlm kelas kitorg. So entah camne, dapat tahu, budak kelas 2 khaibar yang amik. 2 org budak yg kena masuk minta maaf depan kelas ---> mungkin budak yg amik barang tu kot.
  2. Kita selalu x datang sekolah sebab lelah la, mak bersalin la.
  3. Masa belajar sains, muallim... x ingat... bawak masuk bbrp budak laki nyanyi depan makmal.... untuk dapatkan pandangan kitorg, diorg best ke tak.. Apesal cam kita ingat Ayob ade antara bebudak lelaki tu?

Darjah 5. Guru kelas: Muallimah sarah?
tahun antara tahun yg byk muallim mengajar kitorg. BM: muallim... xingat tapi pastu ganti muallimah khairun. tajwid + sejarah= muallim fairuz. Math: muallimah sarah tapi pastu tengah thn camtu muallimah bersalin, ganti ngan Abang Ameen. BI: muallimah Zainorah tapi muallimah ni pun bersalin gak, ganti ngan Abang Hamzah.
Ketua Kelas: Sharifah Aishah Syed Azlan a.k.a. ECAH
Pen. Ketua Kelas: Mardhiyyah Mazlan a.k.a. MardLan

Antara yang diingati:

  1. Kelas kitorg busuk!!! bau bangkai. Jadi beberapa minggu kitorg belajar luar dr kelas. seminggu kat musolla, bbrp kat makmal. x silap exam pun kena ambik kat dalam makmal.
  2. dalam kelas, semua duduk dalm kumpulan 4-4. Meja kita: Me, Izzah, Ilani, Reyma. Meja belakang kita: Mar, Sarah, Hajar, Emy. Yang lain x ingat sorry!
  3. Zinnirah pindah sekolah tahun tu, Aminah Mahfudz kat scotland, hantar kitorg surat.
  4. Selalu kena marah ngan muallim sebab kelas kitorg sgt bising!!! (Ecah to be blame, dia x control kitorg ;-P.
  5. Kena denda diri atas kerusi sambil kena marah ngan muallim...BM. Amenda tah dia marahkan. x pasti. Tapi x lama pastu dia berhenti.. (adakah sebab kitorg?)
  6. Mula makan dalam kelas, sebab dewan dah jadi kelas, court badminton jadi dewan.
  7. Ecah(Ketua kelas) suka main kejar2 sambil berlagak dia adalah ultraman ----> ecah, sila bela diri anda...
  8. Kelas KT (Kraf tangan) yang sgt susah (bg org yg buta seni cam kita).. The only kraftangan yg kita ingat kita siapkan ialah selipar tu.
  9. Muallim Fairus merajuk.. Kenapa? x ingat. sape ingat help me...
  10. Muallimah Zainorah suka main sistem markah. kumpulan sape yg bawak paling byk kamus dapat markah paling byk. sape jawab soalan dapat markah, sape tolong dia dapat markah. akhir tahun, mesti dapat hadiah.. Best!
  11. Hujung tahun, Izzah beritahu tahun depan dia tak de sebab dia kena gi UK ikut parent dia sambung belajar. Memula tak rasa pape, tapi hari terakhir sekolah, dalam bas.. baru teresak-esak nangis..
  12. Pernah patahkan pembaris panjang kelas sebab main kejar-kejar bertemakan "dodi al-fayed dan Princess Diana"

Okey sampai sini dulu...

penat perah memori...

Monday, May 4, 2009

ukhuwah fillah (1)

Sejak tahun 1991 -2009 = 18 tahun
Sedar x sedar nak dekat 20 tahun dah.
end of 1991 - end of 1992 ---> tadika Ehsan, seksyen 3.
masa kat tadika ni lah mula dapat kawan. Antara teman yg dikenali dari tadika ehsan: Neeb, Munn, Amy, Kamilah..
Neeb: Budak kelas pagi (kita kelas petang). Tapi sebab tadika sama kadang2 jumpa. Lagipun kitorg tinggal dekat time tu (seksyen 10). Kita ingat main buaiyan kat taman sek. 10. Ingatan yg sangat samar yg neeb ade bawak mainan bentuk rumah (kah?) masa semua org kena datang tadika pagi. Sebab masa tu kenal neeb je dari kelas pagi, so duduk la ngan dia.
Munn: tak ingat sangat dia kelas mana. Tapi yg paling ingat masa buat persembahan nasyid, berebut mic ngan munn.. capap owh time tu. siap lambai2 kat mak tuh atas pentas..
Kamilah ngan Amy: Balik naik van sama2 tiap2 petang..
Amy: Suka bawak air dalam botol yg dah beku..
Reyma: kita x ingat pape masa tempoh ni ngan reyma, selain dari dia ngan m.cik ain datang rumah, diorg baru balik dari London x silap, diorg bagi kitorg satu anak patung arnab pakai baju. reyma, awak x gi tadika kan? tapi dia ni pandai..
end of 1992-1997 -----> Sekolah rendah islam hira', klang
first day sekolah: masuk kelas 1 aisyah. dalam kelas tu ade muke2 yg jumpa masa tadika, kamilah, amy, neeb, reyma. Kita ingat reyma duduk depan sebelah hanisah hamzah. kita duduk sebelah neeb, kat row second last x silap. masa pilih ketua kelas... hanisah calonkan reyma, reyma calonkan hanisah. Pastu neeb cakap "kita calonkan awak, nanti awak calonkan kita tau" neeb pun calonkan kita. tapi sebab kita takut nak angkat tangan, tak dapat calonkan neeb. sorry neeb. Reyma jadi ketua kelas 1 aisyah, kita penolong.
Antara peristiwa ingat masa darjah satu: neeb menang pelajar terbersih, tapi hari nak amik hadiah tudung dia kotor.. hehe.. so kena pinjam tudung ngan orang lain..
Orang lain dalam 1 Aisyah: Hajar, MardLan (mcam belangkas), Ecah (kecik n senyap), Syakey, Nana fathy (suka pakai celak), Izzah(naik bas sama, x de masa periksa penggal pertama, mak ngan ayah dia gi Umrah ke haji), edzati(antara org yg extrovert dlm kelas), Ilani, ayesha(super duper senyap, kita ingat pernah pinjam duit dia untuk beli air 20sen je time tuh.. ayie, kita dah byr belum?), Jihan, aminah kamari, errmm macam ade yg terlupa je.. sorry kalo terlupa...
Ni baru darjah 1...
nanti sambung k?