Thursday, November 12, 2009

Sweet Memories..

Di kala tekanan makin memuncak,
mula la teringat balik indahnya zaman persekolahan.

Seronoknya duduk kat asrama dengan kawan-kawan,
banyaknye kenangan pahitttt dan manissss di sekolah.

Dulu kita dah cerita seronoknya zaman sekolah rendah.
Sila rujuk ini, ini dan ini.

Sekarang barula masuk sekolah menengah..

Mari kita mula dengan tingkatan satu yang keramat...

Tahun: 1999
Kelas: Tingkatan 1 Ibnu Kathir
Bilik: Hunain

Tahun pertama Hira' meletakkan pelajar sekolah menengah di Kuala Selangor.
  • SMIH Jeram cuma ada pelajar tingkatan 1,2 dan maahad tahfiz sahaja.
  • Aspuri ada 5 bilik sahaja. Ye ade 5 sahaja. dan nama2nye ialah Ain Jalut (sekarang Khadijah), Qadisiyah (Mariatul Qibtiah, MQ), Tabuk (Aisyah), Yarmuk (Hafsah), dan bilik kita Hunain (Ummu Salamah, US)
  • Kelas ade 4 shj. Tingkatan 1 ada 2, tingkatan 2 ada 2. Tingkatan 1 Ibn Kathir dan Ibn Hisyam. Tingkatan 2 Ibn Qayyim dan 2 Ibn Jauzy.
  • Tahun ni cuma ade 2 blok sahaja. Quarters guru (merangkap kelas dan asrama Maahad dan Aspuri dan kedai) dan blok akademik (merangkap musolla, aspura)

Meh kita cuba ingat ahli-ahli deninth mengikut dorm diorg... Kalo salah tolong betolkan..
  • Hunain: Kita, ecah, apis, kamilah, ayesha, Mariah
  • Yarmuk: Syakey, Uyun, Hajar, Achot, Mahfudzah
  • Tabuk: Neeb, ainul, apiey, madihah setar, Khadijah Hanisah, Mona
  • Qadisiyah: AC, Mardlan, Munn, Salwa SaSha MoSo, Nana, Aminah Mahfudz
  • Ain Jalut: MaRais, Reyma, Hasinah, Sumayyah, Timah Sarip, Kholeedah
  • Setiap bilik kat aspuri time ni ade karakter tersendiri. Hehehe... Contohnye:
Ain Jalut
  • Paling bising dan happening kat aspuri.
  • Paling dekat dengan kolah
  • Hampir semua ahli bilik ni amat bangga menjadi diri sendiri.. errrmmm camne nak cakap yeh, Diorg ni x kisah kalo ______ kuat2. errmm Diorg siap ade slogan "_______ itu sihat".. heehe
  • Ade sekali diorg wat adegan drama kawen2. Mar ngan Maya kan? hahaha tak menahan siap. Siap ade kenduri. Menu: Nasi Ayam.. HAHAHA
  • Diorg ni suka alih-alih perabot dalam bilik. akibatnya, Mar pernah berdarah kepala sebab terkena kipas siling
Qadisiyah
  • Lantai paling licin dan bersih sebab hampir setiap weekend diorg basuh dan mop
  • AC yang sangat suke makan roti dan mayonaise semata
Tabuk
  • Bilik yang paling feminin?
  • ahli2 bilik ni hampir semua yang lembut2 atau sopan gitu. kecuali neeb :-P
  • Pernah sekali hampir semua ahli bilik kuarantine dari masuk bilik org dan or masuk bilik diorg sebab masalah binatang kecil. Kolah pun jadi diorg punya time tuh..
Yarmuk
  • Bilik yang ade paling ramai pengawas. tapi dalam masa yang sama yang plg lmbt ikut rules? hehehe
  • Bilik ni happening gak.. sebab ramai budak2 nakal dalam ni.
  • Kejadian kecurian yang pertama dilaporkan dari bilik ini..kekeek who's the culprit?
Hunain
  • Bilik paling skema?
  • Tersangat skema sampai kitorg byk terlepas aktiviti mencemar duli ni nak banding ngan bilik lain.
  • Kita ingat lagi Jihan selepas 2 bulan kat jeram dia tak tahu pun wujudnya bilik hunain. dia kata dia ingat aspuri sampai yarmuk je.. huhuh senyap sangat ke kitorg?
  • Walaupun bilik tu ade kita ngan kak wan mad, tapi disebabkan ahli yg lain memang senyap kitorg pun jadi reserve...
  • Kita ingat lagi, kita nak tukar katil ke atas ecah, sekali ngan locker sebelah ecah, kak keena x bagi, dia kata langgar peraturan. huhu pikir balik, ape la sgt kan? well org tak biasa duduk asrama lagi time tuh skema la...
  • Ade lagi sekali, ecah seludup megi in cup. kitorg teringin nak makan, so kitorg pun buat la senyap2. Sekali dihidu oleh Kak Keena lagi. dia kata "Lain kali korang jangan buat lagi".. HUHUHU makan megi je kot..
  • Ade satu pagi tu semua org bercakap2 pasal kejadian pelik berlaku malam sebelum kat depan aspuri. Semorang kat aspuri tahu cerita tuh..KECUALI ahli bilik Hunain. Sebab kitorg dah tido (skema kan..)
  • Ade sekali tu, katak pisang masuk bilik kitorg. Sebab katak ye, ahli bilik Hunain yang senyap tetiba menjerit secara berjemaah, menyebabkan ahli aspuri yang lain terkejut dan semua berkumpul di Hunain, sebab ingat benda serius..... hehehe

Cute memories:
  • Kelas Kathir nak mencuba trend bukak kasut dalam kelas tetapi cuma berjaya direalisasikan seminggu sahaja sebab ade kejadian seorang pelajar tuuut, tergelincir dan jatuh semasa mengambil kertas ujian bahasa arab.. hehehe
  • Mona sangat selalu angkat tangan dalam kelas, sebab... nope bukan nak gi tandas, hah jawab/tanya soalan? lagi la bukan... mona angkat tangan sebab dia nak minta izin amik kain baju tengah sidai kat ampaian sebab dah nak hujan... hehehe
  • Me, Ecah and AC always together. especially me and ecah. sebab bilik sama, dlm kelas duduk sebelah2..
  • Masa sebilik ngan kak Wan Mad, perasan yang dia ade sket OCD hehe... setiap hari balik dari sekolah, dia akan keluarkan semua pen dan pensel dari pensel case dia dan dia akan susun pastikan semua mata pen dan pensel sama. Lepas tu dia akan keluarkan duit kertas dari wallet dia, dia akan susun 1-1 supaya semuanya tidak terlipat sana sini dan mengadap yg lain. kalo duit kertas terlalu komot, dia akan iron..
  • Kak lang akan datang hampir setiap minggu sebab kena jadi naqibah, so selalu dapat barang dari rumah..
  • Hampir semua seluar ade koyak kat lutut dan baju kurung koyak kat tepi. sebab main bola jaring atas batu kerikil. Mona la tempat kami mengadu bila baju koyak...
  • Setiap hari ahad lepas inspection, menyaksikan ade budak2 perempuan berlari2 ke musolla untuk menonton Sailormoon..
  • Setiap pagi ade pertandingan bilik terbersih. Setiap hari pengawas bertugas akan beri komen dan lekat depan bilik. Tapi kadang2 ade komen yang merepek bila pikir balik..
  1. Ade stokin bawah katil. <---- yeah...so?
  2. Cadar terjuntai.. <---- tak semua orang mampu beli fitted
  3. Ade satu botol jatuh <----- like seriusly?
  4. ade semut berjalan atas lantai <------ serius tak tipu..
  5. ade rambut kat dapur <----- like sehelai kot...
  6. Tingkap tak sama susunan.
  7. Baju terkeluar dari loker..
  8. Bilik berbau... <--- hmmm
  9. Cadar tak tegang
  10. Ada hairband kat birai katil..
pikir-pikir balik.. gelak je.
Of course masa kat sekolah, kita asyik marah kat sekolah, apesal ini apesal itu.. tapi bila pikir sekarang, seronoknya duduk asrama kat sekolah. 24 jam bersama dengan orang yang memahami kita. Walaupun dipenuhi ngan peraturan yang mengongkong, tapi kongkongan itulah yang buat kita yang sekarang ni.

Sekarang ni fikir seronoknya kalo ade org tegur kita, supaya kita tak lari bentuk yang sekolah dah cantik2 bentukkan selama 11 tahun.
Selepas 11 tahun, kita ditinggalkan untuk memilih jalan sendiri, masih boleh maintain ke?

Pesanan kepada adik-adik, pilih kawan elok-elok, jangan lari dari jemaah, jangan lari dari tarbiyah.

Sunday, November 8, 2009

Stress Much?

Ape kene nih?

Sekarang nih tinggal kurang 3 minggu untuk FYP presentation,

Ye....
Projek saya tak siap lagi..
dah tak tahu camne nak buat..
ergh!!

Sekarang nih lapar sentiasa,
tapi bila makanan dah depan mata,
2-3 suap dah x de selera..
Buang duit je..

Sekarang nih asyik sakit dada je..
Sekarang nih asyik x leh tido je..
tido kol 4, lepas subuh dah x leh tido..
Sekarang nih tgk coding je mesti rasa cam nak nangis..

Semalam jumpa adek-beradek,
Semua sungguh positif dan percayakan kita,
Sungguh susah nak tahan nangis semalam,
Masa salam diorg sblm balik UIA,

Takut sangat tak lepas sem ni..
Takut sangat kecewakan mak ngan abah..
takut sangat kecewakan lecturer..
takut sangat...
.
.
.
.

Ya Allah mudahkan lah aku menyiapkan project ini..

Berikanlah Kau petunjuk kepada ku..

(There goes my tears for today)

Thursday, November 5, 2009

Serahkan pada yang esa!

11/11/2009 - Final Exam Computer Forensic
12/11/2009 - Submit FYP materials
20/11/2009 - FYP instructor flies to perform Hajj
- Start 3P program (CompTia++ Network)
24/11/2009 - FYP presentation
27/11/2009 - Eid - ul- Adha
30/11/2009 - resume 3P program
04/12/2009 - Exam 3P

Buat masa sekarang terasa terumbang-ambing
Berjayakah aku habiskan semester ini dangan jayanya?
Dada terasa sangat sempit..
Rindukan gelak tawa yang ikhlas
rindukan peluk cium yang hangat
.
.
.
.
.
.
.
Rabbi yassir wala tuassir...