Wednesday, September 24, 2008

1 week to go..


  • Memasuki minggu terakhir ramadhan bermakna 7 hari je tinggal untuk kita merebut semua rahmat yang allah beri kan dalam bulan keberkatan nih..
  • Mengejar Lailatul Qadr.. Walaupun di tengah kesibukan (student uni sibuk ngan projek/assignment, budak PMR nak exam lepas raya, suri rumah siapkan persiapan raya.. etc.. etc)..
  • seribu satu alasan boleh kita beri kalau kita tak dapat buat seperti yang disarankan.. Tapi kita kena ingat.. sape yang rugi??

ALLAH tak rugi sesen pun! Yang rugi sape?
KITA!!!!
manusia yang lalai dan seringkali lupa..


Sekadar peringatan dan semangat untuk mengejar lailatul qadar!!!
FIGHTO....OOH!
FIGHTING!
JIA YOU!
HAYYA BINA!
Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan..

Thursday, September 18, 2008

JANGAN TENGOK CERITA NIH!!!


Filem You Don’t Mess with the Zohan lakonan Adam Sandler telah memasuki negara ini. Ceritanya berkisar tentang seorang lelaki yang membawakan watak “Jewish Special agent cum gigolo and hairdresser”.

Cerita superhero yahudi ini sewajar diharamkan kerana beberapa sebab;

  1. Ianya mempromosi kezaliman tentera Israel terhadap rakyat Palestine.
  2. Menghina perjuangan rakyat Palestine dan umat Islam yang ditonjolkan sebagai bangsa yang lemah dan suka berfoya-foya.
  3. Pejuang Islam Palestine juga diperlihatkan sebagai kaki perempuan dan sosial.
  4. Filem ini juga menonjolkan imej seorang lelaki gigolo yang bukan sahaja memberikan khidmat sebagai pendandan rambut tetapi pelayan khidmat seks kepada wanita tua.
  5. Filem ini juga tidak menghormati orang tua yang dianggap sebagai bahan seks dan penuh aksi/isyarat dan dialog lucah.
  6. Filem ini turut menganiayai haiwan dimana seekor kucing telah dijadikan ‘bola’ yang boleh disepak-sepak.
Secara keseluruhan filem ini berserabut dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Ianya sekadar hiburan picisan yang tidak layak ditonton oleh rakyat negara ini. Oleh itu diharapkan agar FINAS mengharamkan filem ini dengan segera kerana kita tidak sewajarnya mempromosikan sifat buruk kaum yahudi dinegara ini.

source: http://syukran.wordpress.com/2008/08/13/zohan-filem-lucah-propaganda-israel-yang-wajib-diharamkan/

FROM SULAFA:
Sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sakit hati bila tengok cerita nih.. Sorry lambat sket respon..
dapat cerita nih dari kawan tanpa tahu summary cerita nih..

Yeah I know isu lapuk, tapi nka jugak.. sebab kalo duduk UIA nih mmg jarang sgt tgk tv. n baca surat khabar kalo baca pun isu nasional and luar negara je.. tu pun online...

tak paham camne cerita nih boleh masuk malaysia.. sebab dah islam hadhari ke?

majukah?