Friday, September 28, 2007

Setengah Bulan je lagi..

Hari ni 16 Ramadhan dah, tapi....
  • Masih ketinggalan 3 juzuk AL QURAN.. Waaaa T_T..
  • Semenjak 2-3 minggu yang lepas dah bermula episod 8am-11pm ku.. (meaning, kuar bilik kol 8am, balik kol 11pm... jugek bermaksud, masa sentiasa dipenuhi dgn, siapkan assignment, discussion (x henti2!), yang tak de ruang sikit pun utk khidmat diri atau jalan2 di gerai baju.. (bazar ramadhan pegila.. sebab nak beli makanan, makanan free kat masjid selalu cam tak cukup, jadi berikan kepada org yang lebih memerlukan)
  • Dah dengar lagu raya berkumandang di radio.. Bukan ke dah ditetapkan boleh putar lagu raya the last ten days je?? apa masalah org malaysia hah??? tak sabar sangat ke nak Allah berhenti berikan rahmat yang mencurah-curah waktu bulan puasa ni??
  • Kawan2 dah mula bincang pasal tiket raya...
  • Lecturer2 dah mula beri hint2 untuk final (yang berlangsung lepas raya)
  • Lecturer juga dah beri hint supaya cepat siapkan GROUP PROJECT!!!
  • Tarikh presentation group project pun dah ada..
  • Sampai hari ni jadual final exam still belum kuar lagi... Apahal..Sepatutnya dah kuar kan??
  • Baru dapat assignment semalam dari K-UIA, kena tampal notis untuk program ahad ni.. erk... nampak gaya mlam ni akan tido lewat lagi untuk melakukan operasi seorg diri nih...

Ok.. ok.. next week: Quiz 4 java, quiz 3 accounting, presentation methods of da'wah, presentation Multimedia, quiz 2-in-1 Operating System, open book mid-term numerical (again..) Submit assignment multimedia, submit report parenting ("women views on polygamy"), BERTAHAN!!!

Tuesday, September 18, 2007

List

Tutorial Java Programming (18hb Sept; 9pm-1030pm)
- nak tak nk kena gi gak malam ni, walaupun esok banyak giler quiz + test; sebab kemungkinan besar tutor bg soalan bocor

Quiz Java Programming (19hb Sept; 830 am)
- masuk chap 5-7, tapi satu pun tak baca lagi, belum masuk coding lagik...

Quiz Financial Accounting Fundamental (19hb Sept; 10 am)
- masuk chap 7-8, tak habis salin lagi LIFO, FIFO ditambah pulak tak paham..

2nd Lab Test Multimedia Technology (19hb Sept; 1pm)
- malas nak practice, lantak la...

Presentation Methods of Da'wah: Approaching the Transvestites &how to Solve it! (20hb Sept; 10am)
- cett... cepat pulak madam tanda report kitorg. tak pasal2 kena present. tak tahu-menahu pun

Submit Exercise Numerical Computations (20hb Sept; 1130am)
- exercise yg untuk 4 chapter.. giler banyak.. dah la tak paham subjek nih.. kak lang kata tak guna pun bila dah keje karang.. that what engineer said ok.. lagi pulak kita yang Computer science ni..

Usrah Angkat (20hb Sept; 5-7pm)
- erk… dah 2 minggu tangguh wat Fasal 4..

Tutorial Multimedia (20hb Sept; 9pm-1030pm)
- hehe.. dah 2 minggu ponteng.. quizzes + mid-term punya pasal sorry sidek...

Tutorial Accounting (21hb Sept; 830am-10am)
- Kena gi jugak… pasal dalam kelas madam buat laju sgt, tak dapat catch-up

Discussion Parenting + consult sir (22hb Sept; 12noon-3pm)
- ni lagi satu subjek yg tak leh nak tumpu dalam kelas…subjek ni menarik entah kenapa tak menarik btul jadi nya kelas ni.. Lecturer kah? Aku kah? Bila tgk respon dalam kelas semua lebey kurg kita jek..

Replacement Class for Numerical Computations (22hb Sept; 2-4pm)
- Hari sabtu pun ada kelas sampai petang..

Ahad…
- bleh la baca untuk quiz multimedia.. (mind you 8 chapters OK!!)
- Bleh la wat assignment Java
- bleh la wat group project OS
- Bila entah nak wat group project accounting???
- agak2 terbuat tak exercise Numerical??
- Nasib Baik Method dah settle
- Parenting… *sigh


Quiz Multimedia Technology (24hb Sept; 1pm)
- giler ah 8 chapter yg masuk..
- On the same day kena submit montage group project

Upcoming events:
- 2nd mid-term Numerical.. pasal harituh sir kata markah semua org cam bengong
- Quiz OS .. ni pun sama pasal hari tu punya Quiz out of 100 average dalam class dapat 30 jek.. seb baik sir omitkan quiz yang tu.
- Submit assignment 4 multimedia: cam lebey kurang je macam assignment 3 Cuma yang ni kena lebih kepada CV instead of media biasa
-Iftar jamaie bersama KICT
-Iftar Jamaie bersama mahallah Hafsa
- Submit group projects (Java, OS, Accounting, parenting, multimedia) : yang ni sume before RAYA!!! After raya presentation jek…
- Strategik Planning K-International (29/9). Hish problem skt.. 8-10 ada kelas parenting, 2-4 ada kelas numerical..
- due date kerja ganas BMI bila? Rasa nak dekat due dah..-

Tuesday, September 11, 2007

My Planner..

11hb Sept 2007
  • Tutorial Lab Java Programming

12hb Sept 2007

  • Lab-test Multimedia
  • Tutorial lab multimedia

13hb Sept 2007

  • First day puasa
  • Mid-term Numerical Computations
  • Usrah (5-7pm)
  • Pre-registration (5pm-4.59pm)

14hb Sept 2007

  • Replacement class Numerical Computations

15hb Sept 2007

  • Submit proposal parenting
  • Submit report group project Method of Da'wah
  • Parenting Class (8-10am)

16hb Sept 2007

  • Discussion Operating System

17hb Sept 2007

  • Submit Assignment 3 Multimedia
  • Usrah (5-7pm)

18hb Sept 2007

  • Mid-Term Method of Da'wah

19hb Sept 2007

  • Quiz 2 Java Programming (830am-10am)
  • Quiz 2 Financial Accounting Fundamentals (10am-1130am)

Takat tu je dulu...

~wassalam~

Monday, September 10, 2007

Tuesday, September 4, 2007

mid-break ku yang pendek tapi panjang...

31st August 2007


Balik dari UIA abah amik, around 1145 camtu. Sampai je rumah, tengok adik-beradik sumer dah ade kat rumah, except for abang (kat sarawak). yang pasti tertido dek kepenatan menjawab soalan java yang phenin tuh.. (hehe yela tu alasan).. heheh
bangun2 mak suruh gi kedai beli bekas bunga telur abg sepupu nak kahwin lusa.
Malam tak de aktiviti sangat pun, cuma tengok video ngan adik2 yang agak lama tak jumpa sebab cuti tak sama. Kalo sama pun sekejap je dpt jumpa.
Memang kitorg tak happening bab2 sambut medeka ni.. tak de sambut pun..
(tak patriotik kan?)


1st September 2007


Bangun pagi2 abah dak kuar gi pasar beli barang for tonight. Tolong abah and mak skit-skit, pastu bersiap2 untuk ke kenduri Asma Khalid. Keluar ke kenduria asma, ecah amik, yang mana dalam kereta tuh dah ada neeb and Salwa. Pergi kat sana jumpa la orang yang dah lama tak jumpa... jumpa la Kak Zahrah, Kak Nadiah Azahari, Kak Izzat (lama gile tak jumpa), Izzati (last time jumpa 2002 tak silap), asiyah hasanah, fikriyyah, muallim aziz, muallimah norlin.. kak zahidah, eh ramai la.. macam wat reunion sekolah plak..hiihi Gambar sila ke blog ecah.


So disebabkan berpenyakit "unkenduri-kahwinist" (maksudnya takleh gi kenduri kahwin) balik je terus pengsan sebab pening kepala. Bangun2 semua orang dah siap2 nak pegi rumah mak longa malam tu. Disebabkan makanan untuk malam tu abah yang masak, so kitorg takleh dtg lambat.


Tapi kitorg datang lambat gak, lepas maghrib baru bertolak. Sebenarnya malam tuh ada kenduri kecil-kecil (more to berkenal-kenalan dgn keluarga pengantin perempuan a.k.a isteri abang amir).


After habis je makan, baru je sumer nak bersantai, tetiba Pak Cu awak satu bakul, ngan satu bijik kek.. o0o0o0o rupanya birthday anak dia.. So tetiba jek majlis sambut pengantin bertukar ke birthday party!!

Hah tulah Ermina Yasmin yg menyambut kelahiran yang ke-2
(tengok kek tu, siap ada gamba dora the explorer lagik)


Nampak tak betapa ramai nya ahli keluarga kita?
(Sebenarnya ada family pengantin perempuan sekali, mesti dia terkejut ngan family kitorg yang happening nih... huhuhu... kak haiza, selamat datang!!!)

2nd September 2007

Hari kenduri. Kitorg satu family terbangun lambat. Semua gelabah... Abah, mak, mohsin, siddiq, imran pergi kenduri dulu (kat dewan ideal, UPM). Kami yang perempuan ni tunggu jap.. ila sumer dah siap ingat nak bertolak terus tapi.. kunci kereta hilang...
Lepas telefon semua org baru la tahu yang abah lupa nak kuar kan kunci dari poket seluar yang dia pakai waktu hantar afdhal pagi tadi (afdhal ada camping kat bukit cerakah) So dapat je kunci terus pegi. So dlm BGA 219 ialah Kak Long, Kak Lang, Sofiyyah and me.
So kat kenduri tu, tak tahu nak wat ape mula2.. melilau carik keje.. (basically memang takde keje sebab dah catering kan). Sekali jumpa camera yaha.... jadi camera girl la gue...


Mak bergambar dengan Mak Tam..

Bukan selalu diorg nih bergamba..

Tiga dara penjaga pintu..

Dari kiri: Kak Lang, Kak Dira (kahwin bulan 11 ni), Kak Diyana (tak tau bila)

So Adik-adik ni tak dibenarkan berlari didalam dewan jadi terpaksa la diorg duduk luar.

Dari kiri: ZulHaris, Adlan NAsrin, Nadzir, Darwish Nashran, Siddiq, Imran, ngan Lydya Camelia

Itu dia pengantin dah sampai, tahniah!!

Abang Azmer (kitorg panggil abg amir) & Kak Haiza

Hehe me and Lina

Kisah gambar ni. Kak Lang sebenarnya nak amik gamba ngan adlan je, tetiba je ramai2 datang enterframe, So sumer sekali dalam gamba tuh ada Adlan, Mak Tam, Imran, Lydya ngan kaklang.

Bila semuer tetamu dah balik, dan org UPM nak tutup dewan baru la kitorg sempat nak bergambar ramai... fuhhh berpeluh tunggu semua org setel.. Seb baik tak de la banyak sangat camera...

3rd September 2007

Banyak sangat plan yang dibuat tak jadi hari nih.. Salwa ada kelas la, mar warded la.. So akhirnya kuar ngan ecah ke Subang Parade. Then patah balik Shah Alam nk lawat mar. Sian mar dia dah semangat dah nak carikkan kasut tuk kita... alih-alih doktor jumpa cyst pulak kat wrist dia.. gamba ke MaRaiS.

4th September 2007

Pagi-pagi mak dah kejut, pesan basuh pinggan, and masak untuk afdhal nak balik dari camping, before keluar hari ni. Tapi kepala pusing, so tertido balik. terjaga bila neeb call suruh siap cepat!!!. Siap dengan sangat pantas!!! Bila dah siap turun, athif tengah wat hal... Sian Kak Ngah, dah la tgh mabuk, athif pulak buat hal.. kemas dapur skit je (mind you i dah dress-up dah).. pastu kak ngah panggil keluar, aik pelik.. rupanya dia tengah mandikan athif kan luar..

Ngehngeh.. tgh tolong kak ngah control athif, ecah sampai.. rasa sangat2 bersalah sebab dah la tak sempat basuh pinggan, masak pun tak sempat.

Ecah bawak kereta ke rumah neeb, rupa-rupanya ayah neeb yang kata nak drive kitorg sampai midvalley dah pegi dah... so neeb kata kita pegi mid naik komuter la... Then gi mid gamba pegi la ke blog ecah.

Bila nak balik ke shah alam, kita telah melakukan kesilapan teknikal.. pegi beli tiket komuter sampai komuter shah alam. patutnya kitorg patut beli tiket ke kl central je,pastu naikla bas.. tapi nak wat camne... naik la tren sampai shah alam. dalam tren puas neeb carik sape yang bleh amik n hanta kitorg balik rumah.. satu nama ter bayang SALWA.

Yeah akhirnya salwa bersetuju mengambil dan menghantar me and Neeb and Mamdhuh (budak tak sedar diri yang esoknye dia still ada 2 paper UPSR) balik rumah. Thanks Salwa!!!, Jazakillahu khairan kathira, origato gozaimas, terima kasih, kamsa hamida, xie xie, gracias, ku ucapkan kepada salwa sayang!!

5th September 2007

Jam dah tunjuk tepat jam 2 pagi sekarang. Esok pagi2 kak long nak bawak me, mum, kak ngah, afdhal, pegi sarapan kat luar, then nak hantar me ke stesen lrt.

Cuti mid break dah habis!!!!