Monday, December 31, 2007

Syukur sesangat..

Sabtu lepas, ada Perhimpunan Karisma Nasional di Ipoh. Kat sana Allah dah takdirkan kita berjumpa dengan ramai junior, senior sekolah dulu di sana, untuk sama2 berkongsi gerak dakwah di lokaliti masing.

Apa yang kita rasa syukur ialah mostly junior sekolah dulu yang kita jumpa kat PKN adalah junior yang dulu boleh dikira "nakal" di sekolah. Tapi, bila diorg keluar sekolah, diorg jadi org yang hebat dalam aktiviti dakwah!

Adala berborak ngan adik2 tersebut, diorg ada juga kata ramai kawan2 diorg yang tercicir. Bila nama2 disebutkan, ada antaranya yg di sekolah dulu thiqah, alim tapi bila keluar, melarikan diri dari tarbiyah.. Sedih..
*************
Lepas tu kita teringat masa on the way ke post-mortem KAS3 dulu-kala, dengan salwa and Mar. Kitorg lalu rumah2 besar kat sekitar seksyen 9. rasa jeles waktu tuh.. Lepas tu Salwa cakap

"Alah kalo mak ngan ayah kita tak hantar gi Hira' maybe kita pun boleh duduk rumah camtu!"

baru lah terdetik kat hati.. Abah ngan Mak kalo tak hantar kitorg 11-11 orang kat Hira' mesti lagi besar rumah, dan aset terkumpul kitorg.. hehehe

Tapi Alhamdulillah abah + mak, telah memilih Tarbiyah berbanding Rumah besar..
Syukur sangat2!!

MAK, ABAH TERIMA KASIH!
Sekolah Hira' adalah sekolah Swasta yang yuran bulanan bernilai 3 angka, kemudahan yg agak terhad berbanding sekolah kerajaan. Kalo buat 2 kolumn pros and cons sekolah hira' vs sekolah kerajaan, pros akan ke sekolah kerajaan (in terms of facilities).
Tapi dengan para murabbi di sekolah yang mentarbiyah kami di sekolah siang dan malam, itu yang menjadikan kami "orang" bila keluar.. Itu yang lebih mahal. tak boleh dibayar denagn wang ringgit sahaja. Semoga jasa guruku dapat ku balas satu hari nanti.. dengan membuktikan pelajar hira' yang serba-serbi kekurangan kemudahan sekolahnya lebih hebat dari pelajar yang serba-serbi cukup kelengkapan mereka!
***************
KESUSAHAN DULU MENJADIKAN AKU LEBIH KUAT KINI..

Semester ini...

Hampir sebulan memulakan pelajaran di semester ni. Jadual sem ni overall - BERTERABUR!

ISNIN: 8-10 - english, 10-1130 - Human Computer Interaction, 330-5 - A.I, 8pm-11pm - Usrah.

Selasa: 2-330 - Computer Architecture & Assembly Language

Rabu: Sama cam hari Isnin except: 5-7pm - Skill (recreation 1)

Khamis: 2-330 - Computer Architecture & Assembly Language, 330-630 - Software Engineering. 930-11pm - Kelas ganti (sem ni banyak sangt cuti)

Jumaat: 8-10 - english, 5-7 - Usrah, 830pm -10pm - Project Management in IT

Sabtu: 830pm -10pm - Project Management in IT (yess kelas malam ahad)
********

3 Assignment menanti untuk disiapkan + disubmit dalam minggu ni..

*********

Monday, December 17, 2007

Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka (1 of 4)

kita tak pernah tahu pasal benda nih..

It's amazing how they hide such big historic information.. kan??
to know more :
http://10tahun.blogspot.com

Thursday, December 13, 2007

2nd week already..

Minggu ni masukla minggu ke-2 sem2 07/08 nih.

Seminggu sebelum balik uia, dapat result. Sedih + gembira bila dapat result.. sedih sebab tak dapat maintain.. gembira sangat2 sebab accounting yang di rasakan samada "atas air" ataupun kena repeat, tapi akhirnya dapat result yang di luar jangkaan. Apapun sangat2 bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi.
Tak lama lepas check result dapat call dari office CITA (Center for IT Advancement). Kak Yasmoon telefon suruh datang ofis untuk lapor diri untuk Programming Contest the coming Monday.

That Monday, sebelum kelas (10am) dah pegi ofis CITA. Rupa-rupanya kena jadi volunteer untuk program bukan jadi peserta. OkAY!! I said. Kak Moon yang sepatutnya kita jumpa takde, so kita disuruh lapor diri pada kak mimi. kat sana kita diberi skop kerja, dan disuruh cari 3 kawan lain untuk wat keje2 tuh.. oh ye hari isnin tu jugak kitorg disuruh ponteng kelas untuk selasa sampai khamis. memandangkan program tuh rabu ngan khamis.

Masa jumpa k.mimi tuh, dari cara dia cakap cam banyak sangat keje, tapi dia kata ape2 start keje hari selasa. ok, fine... kita gi lab nak try register for LE 4000 (English for Academic Purpose). try punya try depan komputer dekat sejam... akhirnya dapat gak regist subjek pilihan ramai nih...

Esok paginya (selasa) ponteng kelas sebab buat persiapan untuk Al-Khawarizmi Programming Competition ACM-ICPC... oh ye dan jugak rehearsal. Rasanya tu jek hari selasa tuh.. Hari rabu lagi bosan tak ingat.. Kitorang ditugaskan jaga information counter.. dari kol 8pg-3ptg kena jaga meja tuh.. bosan tak ingat.. tapi dalam pada tu ada gak wat keje skit2..

hari khamis lagi diuji.. diminta untuk jaga pintu bagi mengelak orng masuk dalam main hall (peserta tgh concentrate wat coding). Setiap orang kena jaga satu pintu.. sorang-sorang.. argh mati kutu jadi nya... tetiba dapat sms dari adek Zaid...

"Akak, akak tak datang tengok ke programming competition nih? saya dah ada kat sini.."

"Akak ada ni hah jaga pintu, jadi committee.. bosan giler.."

Tengah jenguk2 budak matrik tengah makan, ternampak zaid.. waah baru la berwarma skit kehidupan.. borak sket2.. pastu zaid gi tempat lain aku diitinggalkan seorang diri lagi...

tak lama pastu barulah Nadzifa datang teman dia kata info counter ada kak su ngan abang farid jaga so dia kata teman lakita kat situ. Alhamdulillah.. dah berdua macam2 cara kitorg wat untuk lepaskan kebosanan, kacau kucing, main troli, panjat2, teka perkataan.. ishh macam2.

Hari khamis tu malam kitorg kene keje lagi sampai kol kol 11 lebih, padahal committee yang lain dah sedap rehat sambil menikmati dinner mewah.. tak kisah la...

Oh yea result programming competition:

1. IIUM
2.MMU
3.MMU

yang pasti yang menang tuh sumer tak satu pun budak melayu. MMU ada hantar 6 org (3org setiap team) sumer bangsa cina, IIUM lak sorang indon, 2 org lagi Tak pasti negara mana.
Mana org melayu?? (hehe jd committee...)

Then jumaat gi kelas, pagi dan malam. Sabtu, tamrin nuqaba', teman andi gi sungei wang, ahad, meeting SU3.

Isnin tak de yang special.. gi kelas. Selasa cuti, ada majlis sambutan pelajar baru datang lambat , pastu bila balik bilik diserang sakit kepala yg hebat.. baring je..

Semalam orang ofis CITA panggil gi ofis lagi.. pegi la.. hehe rupa-rupanya diorg nak belanja makan sebab tolong diorg hari tuh.. banyak pengalaman dapat dari diorg nih.. diorg kata nak ajak keje lagi tahun depan untuk national and regional.. yessss.. menarik..

hari kelas start kol 2. 2-330: Computer Architecture and Assembly Language, 330-630: Software Engineering. Malam 830-10: Programme Management in IT.

okeh ciaou.... kelas nak start dah..

Assalamualaikum..

Friday, November 30, 2007

Hogwarts School of Witchcrafts and Wizardry

Akhirnya setelah lebih sebulan tak merantau di alam blog akhirnya berjaya jugak habiskan explore semua yang kat dalam list tepi nih...

Tengah explore2 terbaca kat blog k.la pasal nih.. teringin nak wat. Memandangkan kita mengikuti Harry Potter series so nak gak tahu rumah apa agaknya kita akan masuk kalo kita di Hogwarts


Ravenclaw!


waahh... Kita tergolong sama ngan Luna Lovegood, Cho Chang..
wise, smart, clever, witty... (ye ke?? musykil)

Tuesday, November 27, 2007

Netball (budak-budak vs org tua [eheh tua ke?])

Last Saturday, kak sarah seth berjaya kumpulkan lebih kurang 2 team bola jaring dari alumni hira'. Main officially dalam 3 game. Malas nak cerita panjang.. tengok la gambar nih...



Bergambar dengan bola jaring.
(Nadzirah, NeEb, Piah 5 ringgit)


Goal Shooter (Kak Dijah), and Goal Keeper (Farahin) tengah tunggu bola datang


Lepas 1st game, berehat, sambil minum air + makan roti


Team orang tua.. hehe jangan marah aaa... sedar diri yeee


Mesyuarat RAHSIA...


Go tikah, go tikah..


Semua yang hadir...
( Atas dari kiri: Kak Sarah seth, Neeb, atiqah DS, Fatin, Timah Zara,Intan, Farahin)
( Tengah dari kiri: Me, Aqilah DS, Erun, K.Dijah, Salwa, MaRais, Tikah Jo)
( Duduk dr kiri: Afira, Mariah, Nadzirah, Saffa, Iklil)


Lagi bergaya...


The person who make it happen.. Arigato Gozaimasu..


Click!

Bila nampak kamera...

Nice being around friends..

Jadi, all in all, ada ramai majoriti yang hadir adalah dr batch 11 dan 12, 4 orang dr batch 9 (me, neeb, mar, piah) , 1 batch 8 (Kak djah), 1 batch 3 (Kak sarah). oh yea mariah, wakil budak tak habis sekolah, Batch 14.

p/s: Gambar2 telah ditapis mengikut shara'. (Maksudnya yang ternampak aurat , atau yang dirasakn tidak sesuai, tidak kita siarkan. Harap maklum)

Sekian saja dilaporkan.

- tukang bawak air + kamera girl + wakil team orang tua.



Tuesday, November 20, 2007

hehehe...

Fuhhhh... baru selesai hanguruskan sepupu kahwin. 2 orang sekali. Seorang kat bagi, sorg lagi kat seremban. So, family kita berkejar-kejaran ulang-alik bangi seremban. Penat! tapi best sebab bukan senang nak wat keje sama-sama ngan cousin yang ramai2 tuh.

Walaupun 17hb is the big day, tapi since 8hb lagi dah start big preparation, siap kita yang tgh exam pun buat yg termampu untuk tolong.

Kita habis exam 13hb ptg. Sebenarnya 14-16 hb ada mukhayam, tapi disebabkan dah berjanji ngan kawan2 untuk buat "project 2-in-1" so, i told kak maniha yang kita tak leh datang that 14hb for the mukhayam. I asked around untuk ikut sesiapa yg mungkin pergi after 14hb, but unfortunately there are none, dissapointed but.. entah bila "project 2-in-1" tu dah berlalu, i still think it's not worth it to leave the mukhayam for the "project 2-in-1". (Sapa nak tahu project 2-in-1 tu apa hantar e-mail personal k?")

Sebab beberapa masalah ngan ofis hafsa, me and my friends kena balik 14hb night tu gak, eventhough planning to go back on 15th. Sampai rumah cam biasa, kemas rumah yang bakal mengisi 14 org. Buat kerja-kerja dapur etc.. And prepare for the wedding...(Semua balik, budak sekolah cuti, Uni pon sama, yang keje memang dok rumah, abang sorg je takde). Ramai nye!!!! BEST!!

On 16th, pergi sekolah pergi tengok raiyan yang tengah ambik SPM, dia teringin nak jumpa athif, so teman kak ngah gi jumpa raiyan.Gi sana, jumpa junior-junior... haha entah kenapa tetiba je sumer salam kita cium tangan, lawak je rasa. Balik, sebab dah pening, rehat jap, lepas makan siapkan baju untuk dipakai untuk sabtu ngan ahad, (sebab family kitorg ramai, jadi semua kena gosok a day before kalo tak memang tak sempat). Alter baju, gosok, sedar2 dah pukul 2 pagi.. So tido je la, sebab esoknya kena bangun awal kena pergi taman maluri.

Kol 10 kot bertolak dari shah alam ke taman maluri. Sampai je sana rombongan lelaki dah sampai, tok kadi (or should i say Abg Kadi?) je tak sampai lagi. Selesai majlis nikah kat taman maluri, leps makan sket, kami 2 kereta bertolak k seremban pulak, (1 kereta dah chow dulu, total 3 kereta). Sampai je, abah kata kitorg terlepas cousin kitorg lalu bawah pedang. Lepas tu pak tam tunjuk video, .. oooo rupa-rupanya cousin kitorg kahwin ngan Kapten rupanya, udara ke laut ke darat, i tak pasti yang mana. Kitorg duduk situ sampai kenduri habis, pastu patah balik ke bangi for the last preparation for the wedding tomorrow.

Habis sumer keje kat bangi adalahdalam pukul 11 lebih, then balik shah alam, sampai shah alam dah pukul 12 lebih. Buat itu- ini akhirnya tertido.

Esoknya, pagi-pagi kol 8 dah siap-siap untuk ke bangi. Then kat sana prepare for the wedding. Dengan hujan nya, dengan layan mak datin nya, layan athifnya, tak msuk cousin2 yang amat nakal itu lagi. fuh akhirnya balik rumah kol 7 malam. warghh penatnya!!! Tapi 1 thing la pasal wedding ni, ia berjaya menyatukan cousins kak dira from both sides. Its really cool. So lepas ni tak de la kekok sangat kalo jumpa diorg lagik.. Best gak..

Hari ni bangun2 Yah kejut sebab Mak cik Ari dah naik, nak kemas. Ok bangun, kemas masak, jaga athif, lipat baju, biasala dah duduk rumah itu ajelah kejenya. esok kak ngah mintak teman dia pergi hospital. Medical check-up athif. Datuk nak tengok how he's doing after removed the saluran air.. kitorg tengok dia ok jek.. makin kuat makan yelah..

Plan banyak tak wat lagi. Gayut ngan mar, buat carrot cake, beli + burd dvd sebab hard disk dah penuh, apa lagi? Oh ye mar, give me a call we arrange for a date?? hehe Salwa ngan neeb pun mesti tgh tuggu tuh..

Thursday, October 25, 2007

Selamat Hari Raya

10 Oktober 2007
- beli kasut kat Sungei Wang ngan kat Times Square
- Balik rumah , sampai kat rumah kol 1245am
11 Oktober 2007
- Aktiviti mengemas rumah
- Kuar ngan MaRais (kena pujuk mak... barulah mak bagi..huhu)
- Siapkan group project sikit2 (Supaya tak terfikir masa raya)
- Balik Kampung! (Lepas berbuka, bertolak ke Tampin, Alhamdulillah tak traffic jam)
- Sampai kampung before midnight
- Angah and family bertolak ke Dungun

12 Oktober 2007 (Hari Tai-Tai, hari MemBantai = hari sebelum hari raya)
- Masak, Masak, and masak..
- Kemas kampung, tukar langsir, bentang tikar, layan sepupu (Adlan, Darwish, yasmeen, lydia)
- Gosok baju-baju raya
- Isi kuih raya dalam bekas

Nilah budak-budak yang suka duduk kat tangga- Afdhal, Adlan, Lydia, Yasmeen


Abah tengah bakar ikan - juadah berbuka puasa

Gambar DUSTA!! - kata abang, sebab tukang kacau sebenarnya abang, tapi bila kak long nampak kamera terus je dia beraksi.


Abah dan apprenticenya, Muhsin

13 Oktober 2007 (Hari Ring-Ring, BORING= Hari Raya Yang Pertama)


- Pegi solat raya, Beraya ke rumah Mak Teh
- duduk rumah nikmati siaran tv (bosan,sebab kitorg tak beraya)
- jumpa sumer sedara mara..
- tido , tido, tido....

- Sambut birthday Sofiyyah, makan aiskrem banyak!!! huhu birthday party untuk budak umur 14 tahun..


Wajah bosan 1



Wajah bosan 2


Sunyi...


Aktiviti biasa hari raya pertama


Tidur kerana kebosanan...



14 Oktober 2007 (Hari Kan-Kan= Makan = Raya Kedua)

- Pagi kol 11 dah bertolak dari Tampin ke Rantau untuk ke rumah Nyang uda makan lunch kat situ.

- Selepas tu ada lagi 4-5 buah lagi kitorg beraya..

- Rumah cousin atuk, cousin atuk, pak ngah, and then Mak Long


Kat rumah Nyang uda

Wajah-wajah menunggu lunch

Buat muka tak malu amik gambar camni kat rumah orang.. heheh

Girls Only!!

Takde keje lain dah..

jari yang ada: me, muhsin, kak lang, abang, raiyan

15 Oktober 2007 (Hari Tam-Tam = Mak tam Mak, Pak Tam Abah)

- Pergi balik Selayang.. tak de sapa kat situ mak long and the family je ada.. buhsan..

- Pergi lwat kubur arwah nenek

- then gi beraya ke rumah pak tam abah kat sri gombak

- after that gi keramat ke rumah mak tam mak

16 Oktober 2007 (Raya ke-4)

- betul-betul nak keluar rumah, Tok Ngah Abah call, dia kata nak datang beraya. Jadi plan asal nak brunch kat rumah Pak Lang Mak, tertangguh sebab kena layan tetamu dulu.

- Family Tok ngah in total - 25 people.. banyak giler... kena la layan. Sebab budak2 sekitar rumah nampak ramai org, dia ingat rumah kitorg open house, diorg pun masuk la.. kitorg layan je la.

- Family Tok Ngah balik je, kitorg terus keluar rumah bertolak ke USJ 2 untuk beraya.

- Hujan lebat pulak.. terstuck kat rumah Pak Lang.

- Balik rumah, solat asar, pastu keluar balik untuk ke rumah Mak Cik Ain, ada kenduri Aqiqah Rania Zahirah..

17 Oktober 2007

- Pagi : kemas barang

- petang skit gi balik rumah atuk kat selayang

- Balik UIA, takde sape balik lagik.. hampeh ingatkan diorg nak wat discussion malam ni.. tengok-tengok sumer tak balik dari beraya lagi

to be continued...

Wednesday, October 3, 2007

HOMESICK

Hari ni 21 Ramadhan.. tinggal 9 hari je lagi bulan ramadhan.. tapi kita dah mula HOMESICK..
Sejak mula ramadhan baru sekali balik rumah. Itupun tak sampai 24 jam..
Sekarang bila nak dekat habis ramadhan, dan jugak sem, kerja makin banyak quiz pun makin banyak.. assignment tak yah cakap.. group project ^%#&^$**
Tak cukup ngan tu.. family asyik hint je.. "bila nak balik.. awak tu bukan jauh pun.."
SABAR... tu je bleh cakap
Abang akan balik jumaat nih, KITA??
waaaaaa nak nangis.. somebody, culik la aku dari UIA nih!!!
All I can say is most probably i'll be back on 11hb october.. no sooner..
Tapi dalam hati NAK BALIK!!!!
kalau pun bleh balik this weekend, bleh balik after 4pm saturday, dan kena balik UIA balik tghari Sunday..
bertarabur post kali ni... sebagai tanda betapa berterabur nye kepala kita...
(belum tengok bilik kita lagi..)

Friday, September 28, 2007

Setengah Bulan je lagi..

Hari ni 16 Ramadhan dah, tapi....
  • Masih ketinggalan 3 juzuk AL QURAN.. Waaaa T_T..
  • Semenjak 2-3 minggu yang lepas dah bermula episod 8am-11pm ku.. (meaning, kuar bilik kol 8am, balik kol 11pm... jugek bermaksud, masa sentiasa dipenuhi dgn, siapkan assignment, discussion (x henti2!), yang tak de ruang sikit pun utk khidmat diri atau jalan2 di gerai baju.. (bazar ramadhan pegila.. sebab nak beli makanan, makanan free kat masjid selalu cam tak cukup, jadi berikan kepada org yang lebih memerlukan)
  • Dah dengar lagu raya berkumandang di radio.. Bukan ke dah ditetapkan boleh putar lagu raya the last ten days je?? apa masalah org malaysia hah??? tak sabar sangat ke nak Allah berhenti berikan rahmat yang mencurah-curah waktu bulan puasa ni??
  • Kawan2 dah mula bincang pasal tiket raya...
  • Lecturer2 dah mula beri hint2 untuk final (yang berlangsung lepas raya)
  • Lecturer juga dah beri hint supaya cepat siapkan GROUP PROJECT!!!
  • Tarikh presentation group project pun dah ada..
  • Sampai hari ni jadual final exam still belum kuar lagi... Apahal..Sepatutnya dah kuar kan??
  • Baru dapat assignment semalam dari K-UIA, kena tampal notis untuk program ahad ni.. erk... nampak gaya mlam ni akan tido lewat lagi untuk melakukan operasi seorg diri nih...

Ok.. ok.. next week: Quiz 4 java, quiz 3 accounting, presentation methods of da'wah, presentation Multimedia, quiz 2-in-1 Operating System, open book mid-term numerical (again..) Submit assignment multimedia, submit report parenting ("women views on polygamy"), BERTAHAN!!!

Tuesday, September 18, 2007

List

Tutorial Java Programming (18hb Sept; 9pm-1030pm)
- nak tak nk kena gi gak malam ni, walaupun esok banyak giler quiz + test; sebab kemungkinan besar tutor bg soalan bocor

Quiz Java Programming (19hb Sept; 830 am)
- masuk chap 5-7, tapi satu pun tak baca lagi, belum masuk coding lagik...

Quiz Financial Accounting Fundamental (19hb Sept; 10 am)
- masuk chap 7-8, tak habis salin lagi LIFO, FIFO ditambah pulak tak paham..

2nd Lab Test Multimedia Technology (19hb Sept; 1pm)
- malas nak practice, lantak la...

Presentation Methods of Da'wah: Approaching the Transvestites &how to Solve it! (20hb Sept; 10am)
- cett... cepat pulak madam tanda report kitorg. tak pasal2 kena present. tak tahu-menahu pun

Submit Exercise Numerical Computations (20hb Sept; 1130am)
- exercise yg untuk 4 chapter.. giler banyak.. dah la tak paham subjek nih.. kak lang kata tak guna pun bila dah keje karang.. that what engineer said ok.. lagi pulak kita yang Computer science ni..

Usrah Angkat (20hb Sept; 5-7pm)
- erk… dah 2 minggu tangguh wat Fasal 4..

Tutorial Multimedia (20hb Sept; 9pm-1030pm)
- hehe.. dah 2 minggu ponteng.. quizzes + mid-term punya pasal sorry sidek...

Tutorial Accounting (21hb Sept; 830am-10am)
- Kena gi jugak… pasal dalam kelas madam buat laju sgt, tak dapat catch-up

Discussion Parenting + consult sir (22hb Sept; 12noon-3pm)
- ni lagi satu subjek yg tak leh nak tumpu dalam kelas…subjek ni menarik entah kenapa tak menarik btul jadi nya kelas ni.. Lecturer kah? Aku kah? Bila tgk respon dalam kelas semua lebey kurg kita jek..

Replacement Class for Numerical Computations (22hb Sept; 2-4pm)
- Hari sabtu pun ada kelas sampai petang..

Ahad…
- bleh la baca untuk quiz multimedia.. (mind you 8 chapters OK!!)
- Bleh la wat assignment Java
- bleh la wat group project OS
- Bila entah nak wat group project accounting???
- agak2 terbuat tak exercise Numerical??
- Nasib Baik Method dah settle
- Parenting… *sigh


Quiz Multimedia Technology (24hb Sept; 1pm)
- giler ah 8 chapter yg masuk..
- On the same day kena submit montage group project

Upcoming events:
- 2nd mid-term Numerical.. pasal harituh sir kata markah semua org cam bengong
- Quiz OS .. ni pun sama pasal hari tu punya Quiz out of 100 average dalam class dapat 30 jek.. seb baik sir omitkan quiz yang tu.
- Submit assignment 4 multimedia: cam lebey kurang je macam assignment 3 Cuma yang ni kena lebih kepada CV instead of media biasa
-Iftar jamaie bersama KICT
-Iftar Jamaie bersama mahallah Hafsa
- Submit group projects (Java, OS, Accounting, parenting, multimedia) : yang ni sume before RAYA!!! After raya presentation jek…
- Strategik Planning K-International (29/9). Hish problem skt.. 8-10 ada kelas parenting, 2-4 ada kelas numerical..
- due date kerja ganas BMI bila? Rasa nak dekat due dah..-

Tuesday, September 11, 2007

My Planner..

11hb Sept 2007
  • Tutorial Lab Java Programming

12hb Sept 2007

  • Lab-test Multimedia
  • Tutorial lab multimedia

13hb Sept 2007

  • First day puasa
  • Mid-term Numerical Computations
  • Usrah (5-7pm)
  • Pre-registration (5pm-4.59pm)

14hb Sept 2007

  • Replacement class Numerical Computations

15hb Sept 2007

  • Submit proposal parenting
  • Submit report group project Method of Da'wah
  • Parenting Class (8-10am)

16hb Sept 2007

  • Discussion Operating System

17hb Sept 2007

  • Submit Assignment 3 Multimedia
  • Usrah (5-7pm)

18hb Sept 2007

  • Mid-Term Method of Da'wah

19hb Sept 2007

  • Quiz 2 Java Programming (830am-10am)
  • Quiz 2 Financial Accounting Fundamentals (10am-1130am)

Takat tu je dulu...

~wassalam~

Monday, September 10, 2007

Tuesday, September 4, 2007

mid-break ku yang pendek tapi panjang...

31st August 2007


Balik dari UIA abah amik, around 1145 camtu. Sampai je rumah, tengok adik-beradik sumer dah ade kat rumah, except for abang (kat sarawak). yang pasti tertido dek kepenatan menjawab soalan java yang phenin tuh.. (hehe yela tu alasan).. heheh
bangun2 mak suruh gi kedai beli bekas bunga telur abg sepupu nak kahwin lusa.
Malam tak de aktiviti sangat pun, cuma tengok video ngan adik2 yang agak lama tak jumpa sebab cuti tak sama. Kalo sama pun sekejap je dpt jumpa.
Memang kitorg tak happening bab2 sambut medeka ni.. tak de sambut pun..
(tak patriotik kan?)


1st September 2007


Bangun pagi2 abah dak kuar gi pasar beli barang for tonight. Tolong abah and mak skit-skit, pastu bersiap2 untuk ke kenduri Asma Khalid. Keluar ke kenduria asma, ecah amik, yang mana dalam kereta tuh dah ada neeb and Salwa. Pergi kat sana jumpa la orang yang dah lama tak jumpa... jumpa la Kak Zahrah, Kak Nadiah Azahari, Kak Izzat (lama gile tak jumpa), Izzati (last time jumpa 2002 tak silap), asiyah hasanah, fikriyyah, muallim aziz, muallimah norlin.. kak zahidah, eh ramai la.. macam wat reunion sekolah plak..hiihi Gambar sila ke blog ecah.


So disebabkan berpenyakit "unkenduri-kahwinist" (maksudnya takleh gi kenduri kahwin) balik je terus pengsan sebab pening kepala. Bangun2 semua orang dah siap2 nak pegi rumah mak longa malam tu. Disebabkan makanan untuk malam tu abah yang masak, so kitorg takleh dtg lambat.


Tapi kitorg datang lambat gak, lepas maghrib baru bertolak. Sebenarnya malam tuh ada kenduri kecil-kecil (more to berkenal-kenalan dgn keluarga pengantin perempuan a.k.a isteri abang amir).


After habis je makan, baru je sumer nak bersantai, tetiba Pak Cu awak satu bakul, ngan satu bijik kek.. o0o0o0o rupanya birthday anak dia.. So tetiba jek majlis sambut pengantin bertukar ke birthday party!!

Hah tulah Ermina Yasmin yg menyambut kelahiran yang ke-2
(tengok kek tu, siap ada gamba dora the explorer lagik)


Nampak tak betapa ramai nya ahli keluarga kita?
(Sebenarnya ada family pengantin perempuan sekali, mesti dia terkejut ngan family kitorg yang happening nih... huhuhu... kak haiza, selamat datang!!!)

2nd September 2007

Hari kenduri. Kitorg satu family terbangun lambat. Semua gelabah... Abah, mak, mohsin, siddiq, imran pergi kenduri dulu (kat dewan ideal, UPM). Kami yang perempuan ni tunggu jap.. ila sumer dah siap ingat nak bertolak terus tapi.. kunci kereta hilang...
Lepas telefon semua org baru la tahu yang abah lupa nak kuar kan kunci dari poket seluar yang dia pakai waktu hantar afdhal pagi tadi (afdhal ada camping kat bukit cerakah) So dapat je kunci terus pegi. So dlm BGA 219 ialah Kak Long, Kak Lang, Sofiyyah and me.
So kat kenduri tu, tak tahu nak wat ape mula2.. melilau carik keje.. (basically memang takde keje sebab dah catering kan). Sekali jumpa camera yaha.... jadi camera girl la gue...


Mak bergambar dengan Mak Tam..

Bukan selalu diorg nih bergamba..

Tiga dara penjaga pintu..

Dari kiri: Kak Lang, Kak Dira (kahwin bulan 11 ni), Kak Diyana (tak tau bila)

So Adik-adik ni tak dibenarkan berlari didalam dewan jadi terpaksa la diorg duduk luar.

Dari kiri: ZulHaris, Adlan NAsrin, Nadzir, Darwish Nashran, Siddiq, Imran, ngan Lydya Camelia

Itu dia pengantin dah sampai, tahniah!!

Abang Azmer (kitorg panggil abg amir) & Kak Haiza

Hehe me and Lina

Kisah gambar ni. Kak Lang sebenarnya nak amik gamba ngan adlan je, tetiba je ramai2 datang enterframe, So sumer sekali dalam gamba tuh ada Adlan, Mak Tam, Imran, Lydya ngan kaklang.

Bila semuer tetamu dah balik, dan org UPM nak tutup dewan baru la kitorg sempat nak bergambar ramai... fuhhh berpeluh tunggu semua org setel.. Seb baik tak de la banyak sangat camera...

3rd September 2007

Banyak sangat plan yang dibuat tak jadi hari nih.. Salwa ada kelas la, mar warded la.. So akhirnya kuar ngan ecah ke Subang Parade. Then patah balik Shah Alam nk lawat mar. Sian mar dia dah semangat dah nak carikkan kasut tuk kita... alih-alih doktor jumpa cyst pulak kat wrist dia.. gamba ke MaRaiS.

4th September 2007

Pagi-pagi mak dah kejut, pesan basuh pinggan, and masak untuk afdhal nak balik dari camping, before keluar hari ni. Tapi kepala pusing, so tertido balik. terjaga bila neeb call suruh siap cepat!!!. Siap dengan sangat pantas!!! Bila dah siap turun, athif tengah wat hal... Sian Kak Ngah, dah la tgh mabuk, athif pulak buat hal.. kemas dapur skit je (mind you i dah dress-up dah).. pastu kak ngah panggil keluar, aik pelik.. rupanya dia tengah mandikan athif kan luar..

Ngehngeh.. tgh tolong kak ngah control athif, ecah sampai.. rasa sangat2 bersalah sebab dah la tak sempat basuh pinggan, masak pun tak sempat.

Ecah bawak kereta ke rumah neeb, rupa-rupanya ayah neeb yang kata nak drive kitorg sampai midvalley dah pegi dah... so neeb kata kita pegi mid naik komuter la... Then gi mid gamba pegi la ke blog ecah.

Bila nak balik ke shah alam, kita telah melakukan kesilapan teknikal.. pegi beli tiket komuter sampai komuter shah alam. patutnya kitorg patut beli tiket ke kl central je,pastu naikla bas.. tapi nak wat camne... naik la tren sampai shah alam. dalam tren puas neeb carik sape yang bleh amik n hanta kitorg balik rumah.. satu nama ter bayang SALWA.

Yeah akhirnya salwa bersetuju mengambil dan menghantar me and Neeb and Mamdhuh (budak tak sedar diri yang esoknye dia still ada 2 paper UPSR) balik rumah. Thanks Salwa!!!, Jazakillahu khairan kathira, origato gozaimas, terima kasih, kamsa hamida, xie xie, gracias, ku ucapkan kepada salwa sayang!!

5th September 2007

Jam dah tunjuk tepat jam 2 pagi sekarang. Esok pagi2 kak long nak bawak me, mum, kak ngah, afdhal, pegi sarapan kat luar, then nak hantar me ke stesen lrt.

Cuti mid break dah habis!!!!

Wednesday, August 29, 2007

Selangor

Hari tu terbaca blog 'Abyd. Dia memang pure orang Johor.
kita pulak.. kalau perkenalkan diri kita selalu beritahu kita berasal dari negeri sembilan. Itu sebab kita tak faham sebenarnya konsep berasal tu macam mana yek? Kalau asal keturunan susur-galur, maybe boleh kata kita orang Jawa Indonesia sebenarnya. Tapi kalau ikut mak ngan abah, both came from negeri sembilan. Lepas tanya mak ngan abah, diorg kata bagitau yang kita berasal dari negeri sembilan.
Tapi kita rasa kita ni org Selangor, berdarah negeri sembilan. Bleh tak cakap camtu?

Sebab kita cakap kita orang selangor:
  • Kita lahir kat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, SELANGOR
  • Tinggal di Seksyen 10, Shah Alam, SELANGOR, sejak lahir sampai tahun 1993.
  • Sekolah rendah di Sekolah Rendah Islam Hira', Batu Belah, Klang, SELANGOR. ('93-'98)
  • Pindah rumah ke Seksyen 4, Shah Alam, SELANGOR. ('93- now)
  • Sekolah Menengah di Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Kuala Selangor, SELANGOR ('99-'03)
  • Dapat teruskan belajar di Matrikulasi UIA di , Petaling Jaya, SELANGOR ('04-05)
  • Habis matric UIA, Masuk Main Campus UIA, Gombak, SELANGOR ('05- now)
  • Jarang sesangat keluar dari selangor.

Event yang kita ingat yang membawa kita keluar dari Selangor.

  • Bercuti dengan family ke bukit bendera, Pulau Pinang
  • Bercuti dengan family ke Pulau Pangkor, Perak
  • Bercuti dengan family ke Pulau Tioman, Pahang
  • Bercuti dengan family ke Sungai Kelah, Perak
  • Bertandang ke rumah suami sepupu, Alor Setar, Kedah
  • Balik kampung every year kat rantau (belah abah), Tampin (belah Mak)
  • Angah bertunang, Dungun, Terengganu
  • Angah Kahwin, Dungun Terengganu
  • Kursus Komander Muda, dan jugek Komander di Cheneh, Terengganu
  • Program EKB, Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang
  • Panjat Gunung Ledang, kaki bukit kat Melaka, kat puncak dah sampai Johor.
  • Program Kembara Cinta di Hutan Lipur Lentang, Pahang
  • Program Summer Training Camp, Pulau Pangkor, Perak
  • Gathering Batch 9 2006- Pulau Pangkor
  • Gathering Batch 9 2007 - Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Pernah Bercuti dengan family ke g genting, janda baik, sumer kat Pahang
  • Pegi Kuala Lumpur banyak kali...

Negeri Dalam Malaysia yang tak pernah pergi lagi.

  • Kelantan (paling jauh sampai Pasar Payang, Kuala Terengganu)
  • Perlis (Sampai Alor setar je)
  • Sabah
  • Sarawak

Facts:

  • Kita tak pernah naik kapal terbang
  • Sebab mak orang N9, family dia ikut adat perpatih sikit2. Kita berketurunan suku Biduanda, ikut mak, abah pulak suku Sungai Layang (eh btol ke?)
  • Tak pernah keluar dari sempadan semenanjung Malaysia (paling ada pun waktu kat bukit kayu hitam dulu bas lalu jap kat sempadan Thailand)
  • Belum punya passport.. hihihi

So.. the conclusion is, seluruh kehidupan 21 tahun kita hidup, 95% adalah di Selangor..

Friday, August 24, 2007

Camne Nak Buat???

Last Wednesday was the most stressful day I ever had. My classes started as early as 830a.m that day. The first class was okay... I have a very interesting, encouraging lecturer for that course…

The second class was a blur. It was accounting subject and I couldn’t catch-up with the speed of the substitute lecturer. She keeps saying “The rest, you must do it yourself”… I want to rise up my hand but she’s just too fast… T_T missing Madam Putri already, Madam please comes back!!!!

Alhamdulillah after a ½ hour of blur, the class ended (with me still wondering how to do the account correctly). Me and my friends (andi, asma, nadzifa, milah) went to café to have a lunch. As for my friends preparing for presentation for the next class, I went to lab to find information for my other group assignment (Operating System). Even though feeling guilty for not helping my friends preparing the presentation, but I had no choice because I have a discussion that evening (straight after class), and I still cannot find the information that I need to present to my OS group leader.

So at 2 p.m I step into the Lab B, where I have my class every Monday and Wednesday. Then there are presentations for our phase 2 of our group project. As my friends present about our group project, the lecturer told us that we had misunderstanding the whole concept of the group project.

Our misunderstanding:-

  1. We thought that we are supposed to produce a product. Actually she just wants us to make and advertising related to nature/environment issues.
  2. We thought that we had to make a proposal about the “product”, it turns out she wants the proposal for the “project”
  3. She told us to present storyboard for our project, so we prepared 20 pages of storyboard (because we thought she want us to produce a product!!!).
  4. She asked for a web banner (which is due on 10 Sept, of course we didn’t do we it yet!!).

It turns out that our group was not the only group that misunderstood Madam's direction. The whole class had misunderstood her instructions except for one group. All of us have to redo the project all over again because of the misunderstanding of the concept. I think the root problem is that, madam never gave us detailed directions, but she expect us to give every detailed of our project .: WEIRD:.

Because stress and panic, that we had done the project wrong from the beginning, 1 of my friends went straight to the toilet after she present the work (vomit, I guess), I lost my good mood, and my other friend keep shouting to other people (because of the stress).

Right after the class my group leader of the project (the stressful project) call for a discussion right after class. But me, andi and milah told her that we had promised to do OS discussion after class. She gets angry and throw a fit at us. Well life's goes on...

So I had OS discussion, that doesn't went well because we all under stress of what just happen. We finished up our work quickly and went to the other discussion (to redo the project). That too doesn't went well... So, we decided to stop discussing regarding that matter. After that, 3 of my friends decided to go for a swim, me have to go for K-Intl meeting, and the other still not talking.

On my way to meeting, I met 3 classmates saying the same thing to me " Sulafa', gi la balik tido, muka dah penat sangat dah tuh" I just smile.. :-D

Went to meeting, meet with my fellow 'siblings' makes me cools a bit. Finish meeting, ate dinner with kak WM, WF, and NJ. At 8pm have tutorial class. In class, my head is still cannot focus. Finish class went back to my room. To release tension... play pop&drop and pile-up!..

WAAAAAAAAAAA..........

KEEP HOLDING ON!

AJA-AJA FIGHTING!!!

PANCANG TEKADMU, JANGAN MUDAH MENGELUH!!


Monday, August 20, 2007

Al- Quds memanggil anda!!!!


K-International on board (tiru ayat nela)

AL-QUDS MEMANGGIL KITA!!


Dimanakah saudara-saudara seislamku?

Ayuh selamatkan bumi PALESTIN!!

http://21-8.blogspot.com/

Monday, August 13, 2007

Monday, August 6, 2007

Jom Cari Pahala!!!




jangan sesekali lupa!

AL-QUDS MEMANGGIL ANDA!!!

More info:

http://www.jim.org.my/fast2fund/

Allahumma bariklana fi Rajab wa Sya'ban, wa ballighna Ramadhan

Have you ever be a witness??

A few days ago I witness something that I shouldn't..
I can't tell other people because it will humiliate that person..
But it killing me inside..

It's hard to keep it alone..
I can't even talk to that person..
It will bring ******* down, I don't want that, I hate to do that to *******.

****** had done so much to me..

I came to a conclusion..

KEEP IT TO MYSELF!!!!


p/s: Really..really miss my "BALAK GANTIAN" call me would you??

Cepat!!!

Sudah dua minggu hal ini bermain-main di kepala..

Aku sepatutnya lebih arif..

Ini untuk kebaikan UMMAH!!!

PERTAMA:

Aku mesti buat pasport!!!!

KEDUA:

Mesti belajar semula memandu kereta!!!


Untuk hal yang pertama, hanya memerlukan duit dan masa sahaja, Insya-Allah selesai.. Namun bagaimana dengan hal yang kedua??

Keperluan: Jika aku boleh memandu, tidak perlu lagi aku menyusahkan orang lain..
Keinginan: Memang sudah lama, jika tidak masakan aku punya lesen??
Kemampuan: Kereta dirumah, sudah ada yang boleh digunakan jadi, kenapakah?
Keizinan: Abah tidak punya keyakinan terhadapku..

Wednesday, August 1, 2007

ReVeALeD!!!!

Setelah review balik blog nih, baru perasan yang kita tak pernah reveal pasal family kita. It's weird for a person like me who is actually a very family person. So This is... My Family


Nih Gambar waktu angah kahwin 2 tahun lepas.
Back from left : Raiyan (17), Me (21), Kausar (25), Suhaib (23), Muhsin (19), Aishah (28), Sofiyyah (14).
Center from left: Afdhal Zofran (10), 'Imran (12)
Front from left: Mum (49), Aiman (26), Aida (26), Abah (50)
(Perhatikan senyuman kitorang.. Sebiji ek kan??)



Tadaa!! My Beloved Parents.
Married on 5th January 1979.


This is my Abah.. (Mohd Amin bin Mohd Sura)
He have a PhD in Mechanical Engineering, from University of Liverpool.
Now he works as freelance consultant.


Ini Mak saya (Rohana @ Norhana Kairon)
She have a degree in Computer Science from University of Liverpool. Now, she work as full-time housewive and part-time lecturer and "cikgu mengaji".

Ni Kak Long (Aishah Mohd Amin). Lahir di Liverpool, Sekolah rendah ngan menengah di Sekolah Hira', (dia ada amik de tour jap, waktu form 1, belajar kat Al-amin).
Melanjutkan pengajian ke Pusat asasi Sains UM, dan seterusnya mengambil jurusan komunikasi dan teknologi maklumat, juga di UM.
Bekerja sekejap di IslamIq.com lepas tu kerja ngan MERCY Malaysia, agak lama jugak.
Sehinggalah pertengahan tahun 2006, dia bekerja secara kontrak dengan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu atau juga dikenali sebagai United Nation. Setelah 9 bulan bekerja dan tinggal di Aceh, Sekarang kak long dah balik ke Malaysia dan bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia + UN. Tak ingat post apa dia pegang.
She still single and available.. hehe kak long jangan mare..

Ni pulak Angah (Aiman Mohd Amin). Tempat lahir dan sejarah pendidikan angah ngan kak long lebih kurang je. Cuma yang tukar, angah memang fully belajar kat Hira' dan juga angah gi tadika Ehsan, Kak Long tak gi tadika. Kat UM, Angah amik Jurusan Kejuruteraan Mekanikal (dah biasa sebut course dalam english, tergeliat nak taip).Angah pernah kerja kat SiproPlastic, JVC dan sekarang kerja kat Flextronic.. Angah dah kahwin, 2 Mei 2005 yang lepas. Baby tuh, anak sedara kita merangkap anak angah.
Dah setahun setengah dah umur dia..



Yang ni la Isteri Angah = kakak ipar kita = Ibu athif = Suzy Aida @ Siti Aida Ramli. Dia asal dari dungun, Terengganu.. Juga lulusan kejuruteraan Universiti Malaya. (Tak reti nak type nama course dia). Pernah kerja kat Universiti Malaya as Research Assistant. Tapi sejak mengandungkan 'Athif sampai sekarang, dia tak kerja dah. Menjaga Athif sepenuh masa..


Yang ni Kak Lang (Kausar Mohd Amin). Sejarah hidup kak lang ngan angah lebih kurang sama je.. cuma Kak lang lepas sekolah pergi Kolej Matrikulasi Melaka, sebelum belajar kat UM. Kat Universiti Malaya kak lang ambik Jurusan Kejuruteraan Elektronik (tergeliat lagi). Bila dah grad, dia kerja dengan Flextronik sekejap.. (tak leh pisah angah ngan Kak Lang ni), Lepas tu baru kak lang dapat offer kerja ngan Petronas Carigali Sampai sekarang nih. Dia pun belum kahwin lagi..huhu kak lang please jangan marah!!! hehe..




Haa ni lah abangku. Memang kita panggil dia abang. tak de abang teh macam adik-adik yang lain panggil.. Nama panjang dia Suhaib Mohd amin. Searah Abang lain dari Kak Long, Angah ngan Kak Lang. Dia lahir kat Kampung Repah Negeri Sembilan (tak macam sume atas dia, lahir kat Liverpool). Dia tadika ehsan, pastu sekolah rendah dan menengah semua di Sekolah Hira'. Habis je sekolah, abang dapat tempat di Kolej Matrikulasi Melaka (Sains Hayat). Habis kat sana Abang dapat meneruskan pengajian dalan jurusan Perubatan dan Pebedahan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Sekarang dia final year.
Abang nih adalah penceria, kalau dia ada kat rumah memang semua susah nak makan sebab lawak2 dia. Suka menyakat kaum hawa di rumah.. Dalam pada pak lawak dia, dia sangat-sangat menjaga syariat dan juga adab. Siapa yang cuba langgar adab atau tatasusila mesti kena tegur.. Setakat nih angah je yang dah kahwin.. So maksudnya Abang pun belum kahwin lagi.


Adikku yang pertama. Muhsin Mohd Amin. Lahir di Shah Alam.. Muhsin pergi Tadika Ehsan masa umur dia 6 tahun. Lepas tu menghabiskan 11 tahun pembelaran di Institut Pendidikan Hira' sebelum meneruskan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Perak (Gopeng). Setelah Menamatkan pengajian di Perak, Muhsin dapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (sama cam abah ngan angah), di Universiti Malaya. Baru je mendaftar 1 Julai 2007 yang lepas. Dengar kata jadual dia pack.. Takpe sen.. FIGHTING!!!


Raiyan Amin.. Lahir waktu abah tengah outstation(Jepun tak silap). Raiyan ni yang pertama dalam adik-beradik yang tak pergi tadika ehsan. Tapi dia pergi ke Tadika Tazkirah.. sebelum mengikut jjak langkah abang2 dan kakak2 dia yang lain belajar di Hira'. Sekarang di Tingkatan 5. Antara adik-beradik kitorang, dia la yang paling rapat dengan 'Athif. Kalo raiyan ada kat rumah, kerja kak ngah jadi ringan sebab Raiyan pandai mesin-mesin athif macam kak ngah gak. Sebab Raiyan selalu jaga Athif kat HKL, ditambah dengan muka athif yang banyak muka belah abah dia, orang kadang-kadang ingat Raiyan la mak athif. Huhu dah ada ciri-ciri Ibu mithali ni..

Siddiq Mohd Amin Al-Hafiz.juga seperti raiyan, Siddiq belajar di Tadika Tazkirah dan sekolah rendah di Hira'. Habis darah 6, Siddiq apply dan dapat belajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Hira'. Tamat 2 tahun, dan dah hafaz quran, sekarang Siddiq menuntut di Tingatan 2 (walaupun kalo ikut umur dia, sepatutnya tingkatan 3).

Siddiq ni adik yang suka buat, bagi kenyataan apa yang orang lain tak terfikir.. Antaranya ialah, dia pernah menghasilkan sebuah komik yang bertajuk "Pengembaraan Setitis Air". Tapi komik dah hilang sebelum sempat publish..







Antara lain kemahiran dia ialah gambar kat sebelah ni.. Buat pengetahuan la, that was his first try.. tak de berlatih pun..
Apa lagi trivia pasal siddiq ni yeh?? Oh ye.. dia dilahirkan pada 22/2/1992 pada jam 2:42 pagi. hah lagi satu, pada pandangan mata adik-adik dia, dia lah yang hebat.. apa dia buat mesti dapat sorakan adik-adik..





Sofiyyah Mohd Amin, anak perempuan yang terakhir.. Dia ni paling boleh diharap dalam bab mengurus baju kat rumah. Kira kalau dia ada kat rumah, mak tak de la fikir sangat pasal baju pasal Sofiyyah akan uruskan.. dia akan basuh dan basuh dan lipat..
Hmm yah nih agaknya ni adik yang paling disiplin. Balik cuti, baju terus keluar dari beg, mandi, sebelum buat benda lain.. Kalo dia ada kat rumah, bangun pagi-pagi dia akan kemas rumah, kemas atas meja. Tepat jam 6 dia akan masak nasi tanpa disuruh!! Sebelum masak nasi dia akan mandi petang dulu. Kita tak pernah tengok dia mandi lewat. Lepas makan malam dia akan wat kerja rumah dia.. Biasa kol 10 malam dia dah tido..
Tak macam adik-beradik kita yang lain yang agak banyak bercakap, sofiyyah lebih kepada penyokong dan pendengar.
Adikku yang sorang ni mood swing dia kadang-kadang susah nak dikenal pasti. Disebabkan dia the last girl, kadang-kadang orang selalu manjakan dia tapi dia ni tak manja orang nya.. Kitorg selalu gak sakat dia, especially tahun ni, sebab dia sama tingkatan ngan Siddiq. Masa diorg sekolah rendah dulu, Sofiyyah ni kitorg selalu panggil dia "Siddiq's Cheerleader", sebab apa abang uda dia buat mesti dia sorakkan, apa bang uda dia wat lawak mesti dia gelakkan..

Trivia: Tak tau kenapa kitorg kat rumah, selalu tertukar Sofiyyah ngan Raiyan, Kalo nak ikutkan, rupa sangat lain, perangai pun tak sama. Tapi memang selalu sangat2 tertukar budak berdua ni..



Imran Mohd Amin, 12 tahun, Darjah 6, calon UPSR 2007. Need to say more? 1 benda yang kita tak leh tinggal kalo nak cakap pasal Imran ialah dia selalu ingat birthday orang dan akan usahakan beri hadiah (walaupun kadang-kadang hadiah dia cam pelik).. Dia ni kreatif la jugak.. cuma kadang-kadang baik dia salurkan kekreatifan dia ke arah yang lebih bermanfaat..








Afdhal Zofran Mohd Amin, anak ke 11 dari 11 orang adik-beradik, ada 5 org kakak, 5 org abang. Dia ni pun bijak gak.. Cuma sebab dia anak last, selalu la ikut hangin dia je.. Kalo dia lapar, habis la.. semua benda tak kena.. selalu jugak bergaduh nagn dia. Hari tuh cuti 3 bulan, tiap-tiap minggu mesti gaduh ngan dia. Sebab selalunya pasal komputer atau TV.. hehe gaduh ngan budak kecik pasal benda2 camni, tak matured langsung Sulafa'.. Tapi dia selalu gak buat perangai.. tapi balik-balik kita yang kena marah balik T_T...
Afdhal kitorg selalu gunakan untuk dapatkan apa yang kitorg nak. Macam contohnya, nak main bowling ke, makan luar ke, selalu suruh dia yang mintak dari abah.. huhu sebab biasanya Abah akan beri apa dia nak.. Alamak terbongkar Rahsia!!!!



Itu baru adik-beradik, dah menjela panjangnya.. belum masuk extended family lagi.. (Gambar di sebelah adalah gambar keluarga belah mak,di Tampin, Negeri Sembilan)


UNTIL NEXT TIME!!!