Monday, July 30, 2007

Menariknya!!!

Sekarang jam menunjukkan 1255noon, sambil tengah tunggu kelas Multimedia, ingat nak update sikit apa yang kita dapat 2-3 hari nih..

JUMAAT, 27 July 2007

Beg pack dah siap, untuk bertolak ke Pulau Pangkor sejak dari jam 11 malam semlm. Nihlah bagi mesej, dia kata esok dia amik kita dekat kol 12. So pagi, bangun tunggu Nihlah Johari(NJ). Tunggu punya tunggu nak dekat 1215 kot baru NJ sampai. Pastu NJ ambik Wan Fatimah yang menunggu di bus stop Mahallah Asma. Pastu terus gi Mahallah ikhwah yang lain (tak ingat lak mahallah mana). So ttal semua orang yang dari UIA Gombak adalah seramai 6 orang (3 akhawat [me, Tim, NJ], 3 ikhwah [Mujahid, Ismat, Azree], semua dri k-intl) . So around 1245 bertolak keluar dari UIA untuk ke Intec, Shah Alam. Dalam perjalanan banyak check point yang ditujui, seperti rumah Kak Habibah Rosli (nak amik First Aid Kit), Rumah NJ (amik kasut sport, NJ pinjamkan untuk Tim), and MY HOUSE (amik cermin mata and mak bekalkan makanan sikit untuk perjalanan ke lumut, and ingat supaya jangan nakal-nakal [waa tiap kali nak kuar mesti mak cakap camtu.. nakal sangat ke kita nih?] ). Lepas dah lalu check point barulah sampai ke INTEC. Setelah uruskan itu-ini and arrangekan kereta2 (konvoi 6-8 kereta, semua ikhwah bawak satu je yang akhawat bawak, - kereta NJ, NJ bawak, kita jadi co-pilot), dalam 345 bertolak ke LUMUT.. Ada banyak twist and turn sebab by Sementa, Mus'ab (MISG) suruh terus straight je sampai la nampak sign g lumut baru ikut sign. So dari konvoi 6-8 kereta, last-last kereta yang bersama adalah kereta NJ and kereta warna hitam, proton ____,no plat AFY ____. NJ asyik ikut je kereta depan je sampaila kitorg sesat sampai masuk kampung perikanan yang mana majoriti tak reti cakap melayu + anjing banyak sangat.. Rupa-rupanya kereta yang NJ ikut tu pun pakai map.. tapi tak lama pstu selamat jugak sampai Ke lumut dalam kol 810pm, yang mana semua berkejar-kejar sebab feri/bot terakhir adalah jam 830pm.. Bila semua (semua tu meaning 2 kereta tadi) dah kat dalam bot baru sempat fikir, "berapa rate harga tempat parking tu yek?".. Tapi semua berserah sebab nak patah balik pun tak bleh sebab naik bot last..


CHOP!!!! SEKARANG KOL 120PM.. KITA ADA QUIZ MULTIMEDIA LA!!! BARU TAU, I'LL UPDATE MORE.. WISH ME LUCK!!.. PETANG KOL 5 ADA USRAH LAKS.. TASMI' SURAH AL-MULK...

1 comment:

Azree MH said...

Memang nakal sangat anak makcik ni. Hehe.