Monday, July 30, 2007

Menariknya!!! 2..

Kami tiba di Raudhah Camp, Teluk Nipah, Pulau Pangkor around 10 kot.. Ada briefing, makan, masuk bilik, kuar balik, masuk dewan, sebab dah ada pengisian yang pertama.. Bukan pengisian sgt pun cuma tengok sikit cerita / dokumentari pasal "The Secret: Laws of Attraction".. Menarik la gak.

SABTU 28 July 2007

Setelah berperang dgn makhluk Allah yang bernama nyamuk sepnjg mlm, bgn pagi, Kuliah subuh, kemudian ada sesi "Ice Breaking" sekejap. Antara nama kumpulan yang ada adalah Putih (Sebab kumpulan ni malas nak lukis bendera), Soutul Jihad (kat bendera ada gambar mic, tanpa mic suara tidak didengari), Hands (Kerja mesti dilakukan dgn tangan, tak cukup sekadar berbicara dgn mic), an-nur (gambar perempuan belkang dia ada bulan sabit), 1 kump lg tak ingat (tp kat bendera dia ada gambar obor yg kat blkgnya ada bulan sabit gak). Waktu bentangkan pasal bendera masing2 ada perdebatan skit antara kump Hands & Soutul Jihad.. Huhu

Kemudian selepas sarapan pagi semua berkumpul untuk menjalani jungle trekking. Tengah berkumpul, tetiba datang trip kedua! yeah itu dia kak MJ, peserta Saff-Perdaus, peserta dr INTI kolej, Taylor's Kolej, UIA-Kuantan. Dasyat diorg nih, sampai je terus ikut gi jungle trekking..

Bermula Jungle Trekking, tak sampai 20 minit kot kak MJ yang Batuk utk sekian lama tak dapat tahan jadi terpaksa turun.. Jungle Trekking makan masa lebiy kurang 3 jam 30 minit kot.. Dalam masa tu, ada yang nak pitam, tak larat (biasa la), semput (pun biasa), and sesat.. Bila ada orang sesat je kita jugak kena patah balik, sebab 3/4 peserta tak pernah/jarang ikut jungle trekking so banyak jugak la terputus.. Bila terputus nak carik balik.kita tak berani nak biarkan 1st-timer yang carik balik. Anyway kita sangat tak kisah.. Kita lagi rasa susah hati kalo ada yang sesat tak jumpa2..

Habis Jungle Trekking, ada LDK sikit, makan tghari, solat zohor + bersihkan diri. Around 3 ada pengisian PIES dari akh Fadzrul.. Menarik ceritanya pasal Pendayung sampan...

Pukul 5, Ada games sikit yang diconduct oleh akh fadhli fauzi. Then kol 6, sumer bleh gi pantai!!! yeye.. Kita, Tim, and NJ berlari-lari nak cepat sampai.. konon nak kalahkan K.MJ yang ikut jln shortcut huhu.. (kitorg tak tau pun ada shortcut!!).. Menarik menghayati ciptaan allah.. SUBHANALLAH!!!

Kol 7 sumer kena balik kem, makan malam, pengisian dai Dr. Har, tapi tak dapat dengar pun sebab Me, NJ, kak MJ ngan Tim kena wat air teh untuk minum malam peserta. (Tak banyak orang tau, yang sebenarnya kita dah jampi dah air teh tu!! hahah)

Then malam tuh kol 1130 dah bleh balik tido, memandangkan dah penat jungle trekking tapi ada qiyam di tepi pantai jam 430 pagi esok. Balik bilik ngan Tim, tinggalkan NJ ngan Kak MJ meeting ngan Hussaini untuk their session esok.. Konon ingat nak belajar Java last2 tertido ngan notes.. tido sgt nyenyak malam tu walau pun masih diserang oleh nyamuk..

AHAD 29 July 2007

Terbangun kol 5pagi kot, tengok dah hujan ngan sangat lebat!!, cancel solat tepi pantai. Bila dah habis solat subuh, Kuliah Subuh Di Isi oleh akh zuhdi zamani sebagai wakil MISG (Malaysian Islamic Study Group), menerangkan pasal MISG. After that gi sarapan. Kemudian ada pengisian dari Dr. Hafidzi. Bila dah habis semua balik bilik utk kemas barang and bawak keluar sekali.

Seterusnya pengisian oleh Kak Maryam Jailani, about what is KARISMA.. dan juga penerangan FIDAK 2015 (Fikrah Islam Dominan Di Alam Kampus 2015). Then penyampaian oleh Hussaini tentang tanggungjawab kita di dunia ini. dan di akhiri dengan penyampaian hadiah dan penutup.

Sebenarnya ada Tour De Pangkor tapi kami dari UIA tak pergi sebab takut tak sempat sampai. Apapun, bertolak dari Lumut around 5. Kereta NJ tambah sorg lagi, iaitu Imad dia nak balik matrik UIA.

Ada berhenti untuk solat jama' (taqdim, ta'khir, taksir yang mana btol) kat area Kuala selangor around 745pm. kat masjid tuh kita terjumpa dua org muallimah, muallimah norlin, and muallimah... Isy camne bleh tak ingat nih. muallimah tu bukan main ingat lagi nama kita.. Muallimah! sorry...

So lepas solat driver bertukar dari ismat ke mujahid. Dalam hati Allah je tahu kita berdoa supaya bleh sampai dengan cepat. Because I haven't read Java lagi!!!
Tapi mana bleh buat kereta NJ terbang kan. So dalam kol 10 sampai kat Matric hantar Imad. Then headed terus UIA..

Jam 1032 malam, kita akhirnya sampai juga ke UIA.. Sampai di bilik, bersihkan diri, beg dan buat Nescafe sebab nak study up malam tuh..

3 comments:

Azree MH said...

Ada kesalahan nih.
Kuliah Subuh diisi oleh Prof Adnan yang speaking BI tu.

Kemudian barulah ada sesi pengenalan kepada MISG.

Kak Cik said...

huhu.. kantoi.. ana syahid kat dalam bilik sebenarnya.. sama la ngan nihlah, tengok dia tido kita pun tido la lagi

Azree MH said...

Patut la sket bebeno akhawat nye. Ish3..

Pagi tu penuh kaki ana kena gigit nyamuk. Masa solat subuh time rukuk tu terkejut tengok kesan gigitan nyamuk. Pastu tergelak dalam hati. Adeh. Tak khusyuk sembahyang plak.