Thursday, April 30, 2009

Tagged by Abang Akmal

Baru melawat abang akmal punyer.. tak sangka kena tag pulok doh.. Since tengah tak busy sangat... buat la jap...
  1. Hijau - Sangat suka warna ini. Suka sampai tahap dah tak perasan dah kalau pilih barang mesti warna hijau. Reflex! Di bawah paras sedar...
  2. Kasut - Duit byk habis kat sini. Benda lain kita boleh tahan nafsu.. kasut susah.. Pernah bbrp kali beli 2 kasut sekali. Setakat ni yg boleh tahan dengan kehebatan kaki kita untuk mencari kasut adalah munn dan mar. satu hari suntuk boleh dihabiskan dengan cari kasut sahaja. Selalu jealous dengan orang yg ade Shoes Closet..
  3. Memilih - Kalau dah suke satu brg selalu tak fikir panjang dan tidak ragu2. Macam hal no.2, masuk satu kedai, kita cuma perlu browse je kasut2 tu sepintas lalu, kalau tak de yg menarik terus kuar. Bila ade ability ni sebenarnya ada susah n ade senangnya. Senangnya kalau jumpa yg berkenan, kita dah tak berganjak. Yg susahnye kalau tak jumpa2.. contoh: masa cari baju untuk kenduri. keliling KL cari baju tak jumpa. Kak lang ngan k.ngah pun dah fed-up kot. last last nak dekat balik baru jumpa, itu pun kak lang ngan kak ngah kata baju sebelah tu lagi cantik. Nope, I laid my eyes on this one, not that one...
  4. Kuku - Sangat - sangat suka mengilatkan kuku sendiri.. Ok, cakap la kita gila, kita nak bgtau jugak. Kita akan pastikan kita akan kilatkan kuku kita before pegi mall, before masuk CAC (IIUM), kenapa? hehe lighting bagus... menaikkan seri kilatan kuku.. HAHAHA (God, I'm a freak!)
  5. Kucing - Suke binatang ini. Ini pun reflex jugak.. nampak kucing je kita akan panggil.. pernah sekali on the nak gi meeting ngan boss, nampak kucing comel, spontan je panggil kucing tuh.. Erk boss dengar.. teng...teng..teng..
  6. tak suka sos... tomato ke cili ke bbq ke. tapi bleh tahan ngan black pepper sos
  7. Ade bbrp kawan yg sekolah sama dari darjah 1 sampai tingkatan 5 dan sampai ke UIA sekarang nih. cumanya kat UIA tak sama course la. Ecah, hajar, neeb, reyma, mar, mona, to name a few. Ish panjang sgt kalau cerita.. nanti kita buat entry khas ye TUNGGU...
  8. Pernah pecahkan pasu, kejar dengan kambing, masa beraya rumah orang.
  9. kita selalu rasa harimau, singa, kuda adalah binatang yg handsome.
  10. Sejak kena kejar dengan 3 ekor anjing tahun lepas mengalami phobia terhadap anjing.
  11. Sangat sensitif dengan bau rokok... (x suke.. )
  12. Suke ngan bau gam UHU, stesen minyak, ngan pen marker.. hahaha
  13. tak tahu kenapa orang suka baca buku ayat-ayat cinta. jalan cerita yg sangat slow.. for me it is not a page turner book. tapi kita tak nafikan cerita yg bagus bagi buku cerita berbahasa nusantara. kita komen dari segi penulisan dan bukannya isi.. harap maklum.. belum jmpa penulis nusantara yg boleh buatkan kita macamana sidney sheldon, sophie kinsella ngan JK rowling buat. **komen ini untuk buku cerita fiksyen.
  14. tak berapa suke pergi kenduri kahwin.. sebab tiap kali balik dr kenduri kahwin mesti pening kepala.. tak tahu kenapa...
  15. kita tak berebut kain batek ngan sesiapa kat rumah tu.. sebab kita tak pakai..
  16. pernah dimasukkan ke hospital 5 hari sebab lelah. masa darjah 4..
  17. darjah 6 pertama kali kelas dgn budak lelaki... waktu tu susah untuk menerima kenyataan ketua kelas lelaki..
  18. takut naik motor. Sebab? gayat.. lagipun dulu abah tak bagi kitorg naik motor.
  19. Ada lesen kereta, tapi tak bawak.. sebab tak berpeluang, dengan x de keretanya, dan x dapat lesen dari A.B.A.H. sekarang neeb telah menawarkan diri untuk mengajar kita tiap2 malam. YEA!
  20. x pernah keluar dari semenanjung malaysia...
  21. pernah hilang kat airport ngan muhsin sebab tersalah ikut org.
  22. x suke laki rambut panjang.. *busuk*
  23. saya adalah pembawa thalasemia (kita darah O)
  24. pertama kali puasa masa umur 5 tahun.. duduk kat padang sambil pegang bekas biskut, tunggu azan maghrib (rasanya waktu tuh asar pun belum lagi)
  25. Menurut mak, dan kakak2 kita, masa kita kecik (4-5 years old) kita ade imaginary friend. Apa tah nama dia farihah? farhah? gile rupanya aku nih..

saya nak tahu 25 perkara tentang ecah, miss bulan, dan timah sabri... U gotta do it...do it...

3 comments:

Mar said...

Point number 1-5 : SANGAT benar!! xde yg lebih tepat ttg SULAFA' slain 5 tu..

Point number 7 : x sabar.. sdg menunggu..

Z.anil said...

gelak kuat2 baca no 24...seyes ke kakcik???huhuhu...agak la pun...hahahahaha

Aishah Amin said...

no.25 nama dia FAHIDAH..sapa tahh..mmg gile..ktorg pun takut fahidah tu kut tetiba panjat katil malam2 ngeheheh

kaklong