Wednesday, December 24, 2008

Obsession


Semalam ada departmental meeting dari pg sampai petang lunch.. So tgh makan ngan staff sume, perasan sorang akak ni makan acar nenas semata! Menu semalam adalah:

nasi minyak
ayam masak merah
kurma daging
dalca terung
acar nenas
buah-buahan

kita tanya "Takkan akak makan tu je kot?.."

Dia jawab "Takpelah.. jaga badan"

FYI.. akak ni orangnye sangat la kurus.. so I said to her..

"Ala akak.. hari ni boss belanja makan je la.. karang kempunan. Akak ni kurus sgt dah.."

"Tak cukup kurus lagila.. kena jaga badan , nanti suami lari"

Lepas dengar dia ckp camtu kita senyap..

Suami lari sebab isteri gemuk.. 

Lepas kita dengar tuh kita teringat satu post kat blog yang kita terbaca.

Kita patut kahwin ngan orang sayang,
atau dengan orang yang sayang kita?


jawapannye:
Semua pun bukan...
Kita kena kahwin ngan orang kita sayang kerana Allah,
Orang yang sayang kita kerana Allah..

Kalau orang tu sayang kita kerana allah, insya-allah tak terjadi kejadian suami lari sebab isteri dah gemuk.

Kalau tak nak isteri gemuk, kenapa tak amalkan gaya hidup sihat? *This refer to myself, thank you very much 

Kenapa kita sensitif ngan bab ni?

First I am not one of those skinny girls..
Second I love food.. Very Much!

Kita di"besar"kan di mana orang sekeliling suka dan pandai masak masakan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi..

Mak ngan abah berasal dari negeri sembilan, jadi gulai lemak ________ *sila isi tempat kosong.. memang selalu dalam menu..
Abah suka masak.. apa sahaja! tapi yang tip top ialah yogurt mangga dan nasi briyani abah's style!
Angah dan kak ngah yang amat suka cream cheese.. dari cheesecake sampai la ke cheese tart..
*Mind you most of the time angah punya cheese cake lebih sedap dari cake di secret recipe! 
Siddiq yang pandai masak nasi lemak yang berlemak..
Freezer kat rumah tak pernah, kosong dari aiskrem..

Jangan salah sangka! Kita tak kata ni salah diorg.. I love food kan? So pape pun yang menyumbat adalah kita.. So yang salah adalah kita..

Tu baru sikit.. Ditambah dengan duduk di asrama SMIH dengan kengkawan yang semua nya makan dengan lahap sopan.. Persaingan sangat hebat.. semua pun suka makan.. makan bukan sikit.. hampir semua jenis bottomless. 

Bila masuk UIA lagi2 masuk final year.. stress level is too high.. so MAKAN.. ahaks..

Kesimpulannya di sini segala usaha untuk diet adalah sia-sia dengan byk hasutan2 di sekeliling..

TAPI EXERCISE ITU PENTING!!
Jadi marilah bersenam.
senam untuk kesihatan anda,
20 minit setiap sesi,
dalam seminggu hanya 3 kali..

Sekali lagi post untuk merapu...

17 comments:

Aishah said...

sgt setuju!!! kwn2 kt mmg suka mkn..dari sekolah dulu..hehe

sgt setuju gak...kawen ngan org yg terima kt kerana Allah..kalau asek duk kata kt ni gemuk je apa kes..

Unknown said...

kerana Allah mmg la sepatutnya. Tp hang tu nak kawen dengan manusia....

rajin besenam tp xpandai jaga makan...ramai je patient perangai mcm ni kat wad 7&8 kat HTAR nih~

my grandma used to say,
"kalau xpandai masak mcm mana mana suami nak sayang" ...hahaha~

mun said...
This comment has been removed by the author.
mun said...

ahaha..
i love this post!

suami lari sebab gemuk? wt_
kata kalau nak tackle suami melalui perut dia kan, hbs tu istri kena dok umh msk, msk n msk. then klu mknn tu xhbs membazir rite? then kenalah hbs kan.

atleast suami tu kena appreciate tau yg si istri ni xsuka membazir n rajin memasak, bukannya lari setelah memenuhkan perut si suami yg hampir bo**i. ahaha

xpatut3..

tpi pape pun bab kwn2 suka mkn byk tu pun sy sokong!! mana xnya dr sekolah dah di didik mkn 5x sehari. so bnda tu terlekat smpi la kami dewasa.

xde hal la semua tu janji eksesais ye kwn2 =)

juga jgn risau ye kwn2 slim tu xmenjamin anda shat dan "comel" pun xbermakna anda xshat =)

big girls you are beautiful by mika!! ahaks

Aishah said...

apa kena mengena pndi masak ngan topic ni..xphm..

nak suruh isteri masak je..cam mun ckp,nanti tak habis sape jugak yg nak habes kan...isteri jugak..ada suami nak tlg mkn sekali?xde punya..pastu komplen kata gemuk..haiyya..

fizikal bkn la sgl2nya...

xde encouragement langsung..pendek kata..jgn kawen ngan......hahaha

Kak Cik said...

ramai je yang kita kenal, kawen tapi dia tak pandai masak..

Untuk encik ahmad.. saya amat tersinggung dengan ayat

kerana Allah mmg la sepatutnya. Tp hang tu nak kawen dengan manusia....

Allah's knows best.. cara awak cakap macam merendah-rendahkan kuasa allah..

Sorry tersangat sensitif bila orang doubting..

Allah dah kata dalam quran:
Lelaki baik untuk perempuan yang baik..
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
Kalau laki ngan perempuan tu dah baik.. mesti dia sayang kerana allah kan?

sekian...

ღ فاطمة ღ said...

haaa amik ko 3 girls lawan 1 laki. ni campo ngn kita lak. girls power!!
bes la entry ni sulafa. apesal lak kata entry merapu....

musaf said...

wuuuuu~

Unknown said...

laaa...awat nk terase pulak. Memangla apa yg kita buat kerana ALLah. Mana partnye yg merendah kuasa Allah tu.

Kene ingat, pasangan kita manusia biasa, dijadikan nafsu dan membuat dosa. Kita nk mengharap pasangan kita terima kita seadanya, tanpa kita berusaha nk jd yg terbaik untuk dia (eg: takgemuk, jaga paras rupa, etc.). Perlu ingat lelaki memilih wanita atas 4 perkara, dan kerana agama paling penting. Tetapi tetap ada bahagian untuk kecantikan dan sebangainya...

musaf said...

yeeaa..sokong amad~

"Kesimpulannya di sini segala usaha untuk diet adalah sia-sia dengan byk hasutan2 di sekeliling.."

itu adalah sikap sendiri yg mudah terpengaruh dengan hasutan dan godaan. Sebagai contoh, seorang pesakit diabetes dari kelantan menyalahkan kelantan itu sendiri kerana makanan dan minuman d sana dibubuh byk gula~ (kisah benar)Kita ptt salah kn diri sendiri yg tidak mengawal pengambilan gula..jgn terlalu salahkn keadaan.

"TAPI EXERCISE ITU PENTING!!"

Senaman mmg sgt penting. Tetapi kalau makanan xdjaga susah juga. Seolah2 kita makan penawar dan pada masa yg sama kita makan racun. Kan nabi ada kata.. “Perut adalah punca penyakit dan berpantang adalah punca berubat dan setiap anggota sepatutnya dilazimi dengan makanan kebiasaannya.”

peace~ =D

Aishah said...

musaf sokong ahmad...ahmad sokong musaf..haih..buat lawak ke apa..syok sendiri la tu..hua3 :p

Mar said...

haha... sonok2!!

makan mmg bes! sedar x sedar, byk sungguh kenangan ktrg yg tercipta masa makan, kan?! samada tergolek mase berlari amik buah jambu time form 2, food fight, ratah ikan goreng 1 talam kat ujung dewan mkn, 'melombong', etc... terlalu byk utk dinyatakan~

ღ فاطمة ღ said...

mengasing2kan taugeh sampai jadi org last abeh makan. apetah lagi ingin membuat kelab anti-taugeh

mun said...

jgn sesekali di adakan kelab anti taugeh kerana tanpa saya taugeh2 anda sealian tidak akan hbs ditelan tekak ini. hehe. hidup taugeh!!

p/s: mar awk dah rasa ke belum taugeh blended? keh3

makan la selagi anda mampu. tapi kesihatan itu perlu dijaga dgn rapi. eksesais juga perlu dilakukan.

setiap wanita itu ada kecantikkannya tersendiri. xkira la dia kurus keding, sederhana,berisi ataupun gemuk. so xkisah la dia gemuk gia ke makan tahap gelojoh mcm mana pun klu dah ada org suka nk wat cmne...hehhe

kesimpulannya, teringin nk g mkn dgn budak2 batch9 sebab xyah control ayu..ahahaha

(tah pape punya komen)

Aishah said...

taugeh tak bes..taugeh blended?waaa..bayar billion2 ringgit pn xkan mkn..huhu..bnyk lg sayur len leh mkn.but plz..not taugeh..huhu..tribute to mun yg slalu abeskan taugeh2 ktrg :p

yup..apa aktiviti ktrg yg xde mkn?semua ada kot :)

mun said...

hehe ecahhhh..

jom g mkn nk?

Kak Cik said...

dah agak dah...

Budak batch kita..

Amboi bila tak bagi makan melenting sumer... hahahaha

kita la tuh..