Semalam saya buat kawan2 saya marah dengan saya..
Tapi saya x nak minta maaf..
Sebab diorang tahu saya betul dan diorang yang salah..
~edisi pertama~
Lokasi: Kafeteria
Masa: Lunch break
2 orang wanita seksi duduk bertentang dengan tempat saya dan kawan2 saya K, M, Z, X makan. Antara aktiviti biasa ialah menganalisa pakaian orang.. ahaks~
salah seorang dari wanita seksi tu pakai 'killer heels' - 5-6inch..
jadi saya pon keluarkan komen 'Tinggi giler heels dia...' 'adoi sakitnye belakang.. tengok pon tau sakit' dan salah sorang kakak punya komen 'itu heels boleh bunuh orang tu'.. so I am assuming i am on the same page as my friends..
Boleh pulak tetiba..
"Ciss korang! I pakai tau kasut cam tu.."-K
Nak cover akak tu cakap la
"U x pakai hari2. diorg tu memang pakai hari2.. tak elok untuk badan"-Z
"Tengok dia nak jalan pon susah" - Me
kata saya waktu tu perempuan tu tengah nak amik lighter dari kawan meja seberang untuk menyalakan api rokok... yuck~~
K dengan x puas hati:
"Dah la korang..jom gi surau"
~edisi kedua~
Lokasi: Surau
Masa: Selesai Solat Zohor jemaah
K: Sulafa, you tryla pakai baju macam M (Baju kemeja lengan 3/4, lepas punggung sekali ngan belt, belt tu datang sekali ngan baju- x leh cabut)
Me: X nak..
K: La kenapa?
Me: Mana nak muat..
K: Ala you carik kat (errmm x ingat sebab by this time tgh cuba untuk cari cara bgtahu kenapa sebenarnya kita x nak pakai baju tu)
Me: Hmmm.. x pe la. Kalo ada pun x pakai gak..
K: La kenapa?
Me: Sebab baju tu cekak kat pinggang..
M: Sedap mulut cakap..
K:Haha tadi aku kena, sekarang kau pulak hahaha..
untuk mengcover, Me: M kecik, x nmpk sgt, kita kalo pakai cmtu terserlah segala..
M: Dah la sulafa, ko dah sakitkan hati aku baru nak cover.. tak payah la..
Me: ... (Dalam hati: kena minta maaf ke? aku ke yang salah?)
Baru sikit nahi mungkar.. dah terasa2 hati.. Belum tegur depan2 yang jelas dan nyata..
Ya Allah,
kau tetapkan lah hati yang berbolak balik ni..