Wednesday, July 18, 2007

Cooking Competition

Ahad lepas, me and fab-5ive (Andi, Asma, Nadzifa, Kamilah) telah mengadakan cooking competition sesama kami. Sangat kelakar! Sebab dah la kitorg 5 org je bertanding sesama sendiri, pastu ditambah pulak ngan peraturan2 yang pelik.. Ini details pasal cooking competition tuh.

1. Semua barang perlu dibeli pada hari tu jugak (ahad, 15/7/07) kat Jaya Jusco Wangsa Maju. Semua orang diberi rm10 yang dikeluarkan dr tabung KWSPT (kumpulan wang simpanan pelajar terpilih) yang kitorg reka sendiri. Masa untuk shopping hanya 40 minit sahaja (termasuk membayar). Jumlah harga barang yang dibeli mesti lah tepat rm10 atau terdekat sahaja (kurang 10 sen tolak/lebih 1 markah, and so on).

empat - Andi and milah terlebih rm1 dari harga yang telah ditetapkan, tapi atas budi baik pengarah program (asma), dia bagi la diorang 2/5. me and nadzifa dapat full mark pasal my price is jeng..jeng... TEPAT rm10! nadzifa lak rm9.99..

2. Masakan yang dimasak hendaklah; tidak boleh dimasak (no boil, no bake, no fry). Masa diberi untuk memasak adalah 20 minit sahaja. Semua peserta mematuhi peraturan yang ni..

3. keputusan juri adalah muktamad. (juri ialah kitorg gak hahaha... owh tambah kak ida sebagai juri professional, kitorg takleh bg markah untuk makanan yang kitorg wat)

Mengikut plan asal, kitorg g membeli-belah kol 230ptg tapi sebab hujan, jadi gi lambat sket, around 245 baru bertolak dari UIA. Masa tgh tunggu bas, andi ckp recipe dia guna aiskrim, so terpaksa batalkan hasrat ingat nak wat mcflurry jek..
So on the g JJ tuh kepala ligat pikir nak wat ape.. akhirnya idea dapat waktu shopping. Dalam kepala apa nak jd, jdla.. so balik bilik dah nak dekat asar.. program dijadualkan bermula kol 8. so sume amik keputusan tido dulu..
Malam tuh cam biasala, mula lambat sket pasal Kamilah kena beratur kat cafe sebab dia nak bukak tin untuk bahan masakan dia.. So agak kol 845 camtu start la memasak..
Disebabkan pisau cuma ada 2 dan 1 je yang tajam, and kena lak sume tetiba je nak pakai pisau (kecuali andi), so lambat la skit proses sume org..

Akhirnya agak2 15 minit pastu, sume siap makanan masing2. Ni la nama2 masakan diorang.

Andi: cake in the wonderland (ingredients: cake dicelup ngan aiskrim sundae strawberry)
Kamilah : Salju hatiku (ingredients: cake dengan buah diatasnya yang letakkan yogurt + susu pekat)
Nadzifa : fruit Salad (ingredients: apple, kobis, mayonis, limau digaul bersama)
Asma : Pearl Harbor (ingredients: kaya ball yang dimasukkan anggur ke dlmnya dan dicelupkan ngan aiskrim LaCremeria)
Me : Sandwich Ayam Bonanza (ingredients: Garlic bread, ayam goreng yang buang tulangnya, lettuce, mayonis, dan keropok jigs cheese)

Gambar belum upload lagi nanti2 la..

Keputusannnya ialah...
tempat ketiga dimenangi oleh masakan yang bernama tempat ketiga dimenangi oleh masakan yang bernama salju hatiku oleh Wan Kamilah Wan Abdullah Sabary!!! oleh Wan Kamilah Wan Abdullah Sabary!!!

tempat kedua dimenangi oleh masakan yang bernama Fruit salad oleh Nur Nadzifa Ahmad Azam

tempat pertama pula! dimenangi oleh masakan yang bernama Sandwich Ayam Bonanza oleh Sulafa' Mohd Amin!!!

Hehehe tak sangka pikir recipe last minit pun bleh menang..

Wakaka..

Apapun bermula hari ini kita telah mula menyukai account.. camne nih?? madam tu pandai btol ajar sampai kita pun boleh suke kat subjek yang kita cuba elak/ anti sejak form 2..

Kelas multimedia cancel hari ni, tu pasal boleh wat update..

chow..

No comments: