Tuesday, July 31, 2007

After came back from Pangkor...

Isnin 30 July 2007

00:15 - Mula bukak notes Java untuk study
00:45 - Dah tersengguk2
01:00 - buat exercise ringan mengelak ngantuk.
01:15 - Sambung belajar..
03:45 - Mata dah tak larat, jadi tumbang akhirnya
05:45 - Terjaga, sambung belajar lagi..
07:05 - Tertido lagi
07:30 - Bersiap utuk ke kelas
08:15 - Keluar dari bilik, menuju ke Edu Sun Lab.
09:00 - Quiz Java Start. alhamdulillah, terjawab la jugak tak la kosong kertas tu.

09:45 - Keluar dari kelas, sebab nak jumpa Nihlah sebab nak pass kertas Dynamic dia

09:57 - Nihlah sampai.
10:00 - Buku tertinggal kat dalam lab. lari ke atas, amik buku turun balik dan berlari ke Econs PLC. Ada kelas ACC 1001.

10:10 - Sampai kat kelas, naseb baik, madam putri tak datang lagi. Tetiba andi tanya "Awak tau tak ada quiz multimedia hari ni?" (whut!! apsal kita tak tau!!, tapi rupanya semua orang pun baru tahu)

10:15 - Madam Putri datang, masuk kelas.. belajar chapter 4. kita duduk depan sekali bleh tersengguk2.. ish..ish

11:20 - Madam lepaskan semua balik.. photocopy notes multimedia.
11:45 - pergi General Lab ICT (study multimedia + gune internet)
13:05 - Masuk ke Teaching lab B (study multimedia + gune internet)
14:00 - Madam Asma masuk kelas.. dia cakap "your quiz will be next class" Alhamdulillah!!!

15:00 - Kelas dah habis, balik bilik nak rehat jap before pergi usrah kol 5.
16:40 - Keluar bilik, sebab nak amik kertas quiz Account harituh (dalam kepala dah menjangkakan yang kita fail). But it turn out, that i got pretty good marks.. alhamdulillah!!

17:10 - Sampai masjid, usrah.
19:45 - balik bilik.. tertido. Bangun2 kemas bilik, khidmat diri and then mengadap notes Operating system pulak...

11:15 - Terasa nak main game pulak.. main game..

~~~~~~~Bila Kita Nak Tido Nih?~~~~~~~

Monday, July 30, 2007

Menariknya!!! 2..

Kami tiba di Raudhah Camp, Teluk Nipah, Pulau Pangkor around 10 kot.. Ada briefing, makan, masuk bilik, kuar balik, masuk dewan, sebab dah ada pengisian yang pertama.. Bukan pengisian sgt pun cuma tengok sikit cerita / dokumentari pasal "The Secret: Laws of Attraction".. Menarik la gak.

SABTU 28 July 2007

Setelah berperang dgn makhluk Allah yang bernama nyamuk sepnjg mlm, bgn pagi, Kuliah subuh, kemudian ada sesi "Ice Breaking" sekejap. Antara nama kumpulan yang ada adalah Putih (Sebab kumpulan ni malas nak lukis bendera), Soutul Jihad (kat bendera ada gambar mic, tanpa mic suara tidak didengari), Hands (Kerja mesti dilakukan dgn tangan, tak cukup sekadar berbicara dgn mic), an-nur (gambar perempuan belkang dia ada bulan sabit), 1 kump lg tak ingat (tp kat bendera dia ada gambar obor yg kat blkgnya ada bulan sabit gak). Waktu bentangkan pasal bendera masing2 ada perdebatan skit antara kump Hands & Soutul Jihad.. Huhu

Kemudian selepas sarapan pagi semua berkumpul untuk menjalani jungle trekking. Tengah berkumpul, tetiba datang trip kedua! yeah itu dia kak MJ, peserta Saff-Perdaus, peserta dr INTI kolej, Taylor's Kolej, UIA-Kuantan. Dasyat diorg nih, sampai je terus ikut gi jungle trekking..

Bermula Jungle Trekking, tak sampai 20 minit kot kak MJ yang Batuk utk sekian lama tak dapat tahan jadi terpaksa turun.. Jungle Trekking makan masa lebiy kurang 3 jam 30 minit kot.. Dalam masa tu, ada yang nak pitam, tak larat (biasa la), semput (pun biasa), and sesat.. Bila ada orang sesat je kita jugak kena patah balik, sebab 3/4 peserta tak pernah/jarang ikut jungle trekking so banyak jugak la terputus.. Bila terputus nak carik balik.kita tak berani nak biarkan 1st-timer yang carik balik. Anyway kita sangat tak kisah.. Kita lagi rasa susah hati kalo ada yang sesat tak jumpa2..

Habis Jungle Trekking, ada LDK sikit, makan tghari, solat zohor + bersihkan diri. Around 3 ada pengisian PIES dari akh Fadzrul.. Menarik ceritanya pasal Pendayung sampan...

Pukul 5, Ada games sikit yang diconduct oleh akh fadhli fauzi. Then kol 6, sumer bleh gi pantai!!! yeye.. Kita, Tim, and NJ berlari-lari nak cepat sampai.. konon nak kalahkan K.MJ yang ikut jln shortcut huhu.. (kitorg tak tau pun ada shortcut!!).. Menarik menghayati ciptaan allah.. SUBHANALLAH!!!

Kol 7 sumer kena balik kem, makan malam, pengisian dai Dr. Har, tapi tak dapat dengar pun sebab Me, NJ, kak MJ ngan Tim kena wat air teh untuk minum malam peserta. (Tak banyak orang tau, yang sebenarnya kita dah jampi dah air teh tu!! hahah)

Then malam tuh kol 1130 dah bleh balik tido, memandangkan dah penat jungle trekking tapi ada qiyam di tepi pantai jam 430 pagi esok. Balik bilik ngan Tim, tinggalkan NJ ngan Kak MJ meeting ngan Hussaini untuk their session esok.. Konon ingat nak belajar Java last2 tertido ngan notes.. tido sgt nyenyak malam tu walau pun masih diserang oleh nyamuk..

AHAD 29 July 2007

Terbangun kol 5pagi kot, tengok dah hujan ngan sangat lebat!!, cancel solat tepi pantai. Bila dah habis solat subuh, Kuliah Subuh Di Isi oleh akh zuhdi zamani sebagai wakil MISG (Malaysian Islamic Study Group), menerangkan pasal MISG. After that gi sarapan. Kemudian ada pengisian dari Dr. Hafidzi. Bila dah habis semua balik bilik utk kemas barang and bawak keluar sekali.

Seterusnya pengisian oleh Kak Maryam Jailani, about what is KARISMA.. dan juga penerangan FIDAK 2015 (Fikrah Islam Dominan Di Alam Kampus 2015). Then penyampaian oleh Hussaini tentang tanggungjawab kita di dunia ini. dan di akhiri dengan penyampaian hadiah dan penutup.

Sebenarnya ada Tour De Pangkor tapi kami dari UIA tak pergi sebab takut tak sempat sampai. Apapun, bertolak dari Lumut around 5. Kereta NJ tambah sorg lagi, iaitu Imad dia nak balik matrik UIA.

Ada berhenti untuk solat jama' (taqdim, ta'khir, taksir yang mana btol) kat area Kuala selangor around 745pm. kat masjid tuh kita terjumpa dua org muallimah, muallimah norlin, and muallimah... Isy camne bleh tak ingat nih. muallimah tu bukan main ingat lagi nama kita.. Muallimah! sorry...

So lepas solat driver bertukar dari ismat ke mujahid. Dalam hati Allah je tahu kita berdoa supaya bleh sampai dengan cepat. Because I haven't read Java lagi!!!
Tapi mana bleh buat kereta NJ terbang kan. So dalam kol 10 sampai kat Matric hantar Imad. Then headed terus UIA..

Jam 1032 malam, kita akhirnya sampai juga ke UIA.. Sampai di bilik, bersihkan diri, beg dan buat Nescafe sebab nak study up malam tuh..

Fast To Fund!!



Ahlan ya Ramadhan!!



THE MONTH OF REJAB IS ALREADY HERE!!!


16th July 2007 = 1st Rajab 1428


That means,
it'll then be about 90 more days to


Ibadah Festival!!!
that is the


blessed month of Ramadhan!!!
and,
it's the starting of


Fast to Fund Campaign!!!


1. download Poster >>> NOW!
2. right click at the Picture and "Save As"
3. print & distribute to your friends n families!



Setiap peserta digalakkan berpuasa pada setiap Isnin & Khamis sepanjang bulan Rejab dan Sya'ban, dan berpuasa wajib sepanjang bulan Ramadhan.

Derma sebanyak RM 100 yang disasar dari kalangan peserta melalui kempen ini adalah dikira berdasarkan jumlah ringgit daripada makan yang dijimatkan pada setiap hari berpuasa tersebut dan digunakan untuk tujuan derma ini.

Puasa Isnin & Khamis
sepanjang bulan Rejab & Sya’ban
16 hari x RM 2.50 sehari = RM 40

Puasa sepanjang bulan Ramadhan
30 hari x RM 2 sehari = RM 60

Jumlah keseluruhan terkumpul
RM 40 + RM 60 = RM 100

the cute MONEY POUCH should be available soon, nsyaAllahcost of pouch will be updated a.s.a.p.

LET'S FAST TO FUND
for our Muslim brothers in Palestine!

Menariknya!!!

Sekarang jam menunjukkan 1255noon, sambil tengah tunggu kelas Multimedia, ingat nak update sikit apa yang kita dapat 2-3 hari nih..

JUMAAT, 27 July 2007

Beg pack dah siap, untuk bertolak ke Pulau Pangkor sejak dari jam 11 malam semlm. Nihlah bagi mesej, dia kata esok dia amik kita dekat kol 12. So pagi, bangun tunggu Nihlah Johari(NJ). Tunggu punya tunggu nak dekat 1215 kot baru NJ sampai. Pastu NJ ambik Wan Fatimah yang menunggu di bus stop Mahallah Asma. Pastu terus gi Mahallah ikhwah yang lain (tak ingat lak mahallah mana). So ttal semua orang yang dari UIA Gombak adalah seramai 6 orang (3 akhawat [me, Tim, NJ], 3 ikhwah [Mujahid, Ismat, Azree], semua dri k-intl) . So around 1245 bertolak keluar dari UIA untuk ke Intec, Shah Alam. Dalam perjalanan banyak check point yang ditujui, seperti rumah Kak Habibah Rosli (nak amik First Aid Kit), Rumah NJ (amik kasut sport, NJ pinjamkan untuk Tim), and MY HOUSE (amik cermin mata and mak bekalkan makanan sikit untuk perjalanan ke lumut, and ingat supaya jangan nakal-nakal [waa tiap kali nak kuar mesti mak cakap camtu.. nakal sangat ke kita nih?] ). Lepas dah lalu check point barulah sampai ke INTEC. Setelah uruskan itu-ini and arrangekan kereta2 (konvoi 6-8 kereta, semua ikhwah bawak satu je yang akhawat bawak, - kereta NJ, NJ bawak, kita jadi co-pilot), dalam 345 bertolak ke LUMUT.. Ada banyak twist and turn sebab by Sementa, Mus'ab (MISG) suruh terus straight je sampai la nampak sign g lumut baru ikut sign. So dari konvoi 6-8 kereta, last-last kereta yang bersama adalah kereta NJ and kereta warna hitam, proton ____,no plat AFY ____. NJ asyik ikut je kereta depan je sampaila kitorg sesat sampai masuk kampung perikanan yang mana majoriti tak reti cakap melayu + anjing banyak sangat.. Rupa-rupanya kereta yang NJ ikut tu pun pakai map.. tapi tak lama pstu selamat jugak sampai Ke lumut dalam kol 810pm, yang mana semua berkejar-kejar sebab feri/bot terakhir adalah jam 830pm.. Bila semua (semua tu meaning 2 kereta tadi) dah kat dalam bot baru sempat fikir, "berapa rate harga tempat parking tu yek?".. Tapi semua berserah sebab nak patah balik pun tak bleh sebab naik bot last..


CHOP!!!! SEKARANG KOL 120PM.. KITA ADA QUIZ MULTIMEDIA LA!!! BARU TAU, I'LL UPDATE MORE.. WISH ME LUCK!!.. PETANG KOL 5 ADA USRAH LAKS.. TASMI' SURAH AL-MULK...

Thursday, July 26, 2007

Gambar2 cooking competition harituh


Yang nih gambar semua makanan yang dah siap di"masak" dan dihidang, di tengah2 bilik H4.8..




My recipe, Sandwich Ayam Bonanza




Masakan Andi, Cake In the wonderland (very colourful kan??)




Asma Nuraini punya masakan: Pearl Harbour (tak paham btol kenapa dia letak nama tu; musykil)..




Nur Nadzifa pulak wat Fruit Salad..




Wan Kamilah punya "Salju hatiku"



Arghh.. tengah-tengah puasa nih, tengok gambar makanan terliur pulak rasanya...

Tuesday, July 24, 2007

Kerja giler2 untuk perubahan besar giler!!

Selepas bersukaria di awal2 semester, sekarang dah mula sibuk dengan deretan quiz dan assignment.. belum ditambah ngan kerja-kerja selain academic semata macam kelab yang dah memanggil-manggil supaya berkhidmat, tak lupa kepada akhawat yang disayangi yang juga memerlukan tenaga besarku demi mencapai FIDAK 2015 (Fikrah Islam Dominan Di Alam Kampus 2015)..

Sabtu hari tuh kelas credited co-curiculum dah start dapat lecturer foreigner. Sem ni amik Family management and Parenting (ahaks..). Pegi kelas pagi2 tengok kelas kunci, lecturer dah datang, so tetiba dia kata "It's Okey, we will do the class outside" kitorg sumer ingat dia main2.. rupanya dia serious!! tanpa taaruf, terus masuk pelajaran pertama.. What is family? sumer pandang2.. biar benar lecturer nih nak ajar kat luar??

selepas seketika, bila dia perasan yang tak de org bleh bg tumpuan kat apa yang dia cakap, so baru la dia kata, "I can see an empty class right there, why don't we go there".. hek eleh dah nak dekat 15 minit baru kitorg dapat kelas..

Masuk kelas, ternyata kita memang tak dapat catch apa yang dia nak cakap (lecturer nih sebenarnya lecturer arabic so english dia susah sket nak faham). So dengan kenalan baru di sebelah kitorg tengah figure out apa yang dia tgh cakap, tetiba dia ketuk meja.. "YOU BACK THERE!! DON'T TALK WHILE I'M SPEAKING IN FRONT!!" yang back there tu kita ngan kenalan baru kita tulah. kitorg tgh figure out apa soalan yang dia baru tanya kitorg soalan dan sedang menanti jawapan dari kitorg (participation is 60% of the overall evaluation).. lorh, nak cakap tgh bincang kang kena bagi jawapan lak.. so senyap je la buat muka bersalah..

habis je kelas gi sarapan ngan asma n nadz, then kuar gi KL.. balik kat UIA around 630. Solat asar, pastu tunggu azan maghrib sebab nak terus solat maghrib sekali. after solat maghrib, terus bersiap pergi masjid sebab dah janji nagn doyot n huda nak gi daurah baitul muslim sesamer. sampai kat masjid, kak MJ menawarkan diri untuk hantar kitorg gi al-amin.. alhamdulillah.. save sket duit.. Thanks Kak MJ + suami!!

habis daurah terus balik UIA balik walaupun sebenarnya ada qiam, sebab tak larat + pening. huda yang janji nak balik ngan kita telah meninggalkan kita seorg diri, terpaksa menyusahkan nihlah untuk hantar kita balik UIA. Thanks sangat Nihlah!!

Semalam usrah ngan makcik Ton, kamis usrah ngan huda, jumaat ptg bertolak ke Lumut + pangkor, bagi menghadiri Summer Training Camp (STC) + MISG (http://misgonline.com/stcmalaysia/) . Program nih sampai hari ahad. most probably balik lewat petang or malam. pagi isnin kelas kol 830 pagi!! yang mana pagi tu ada quiz JAVA.. hmm..

Ya Allah permudahkanlah segala urusanku demi aku membantu agamamu Ya Allaah!!

The upcoming events:
- Training For Trainers, TTS, Serdang (4&5 august)
- Caring Week (from 30 July)
- Rememberance of Al-Quds (ROQ) (23 august) = Taque
- 10 August tutoring caring club
- 30 August Mid term Java
- 31 August Sambutan 50 tahun kemerdekaan
- Ada lagi.. tapi apsal cam tak ingat hah??

Apa pun yang kena ingat.. kerja nih memang gile.. tapi untuk perubahan yang besar giler dalam ummah, it's worth it right???

Wednesday, July 18, 2007

Cooking Competition

Ahad lepas, me and fab-5ive (Andi, Asma, Nadzifa, Kamilah) telah mengadakan cooking competition sesama kami. Sangat kelakar! Sebab dah la kitorg 5 org je bertanding sesama sendiri, pastu ditambah pulak ngan peraturan2 yang pelik.. Ini details pasal cooking competition tuh.

1. Semua barang perlu dibeli pada hari tu jugak (ahad, 15/7/07) kat Jaya Jusco Wangsa Maju. Semua orang diberi rm10 yang dikeluarkan dr tabung KWSPT (kumpulan wang simpanan pelajar terpilih) yang kitorg reka sendiri. Masa untuk shopping hanya 40 minit sahaja (termasuk membayar). Jumlah harga barang yang dibeli mesti lah tepat rm10 atau terdekat sahaja (kurang 10 sen tolak/lebih 1 markah, and so on).

empat - Andi and milah terlebih rm1 dari harga yang telah ditetapkan, tapi atas budi baik pengarah program (asma), dia bagi la diorang 2/5. me and nadzifa dapat full mark pasal my price is jeng..jeng... TEPAT rm10! nadzifa lak rm9.99..

2. Masakan yang dimasak hendaklah; tidak boleh dimasak (no boil, no bake, no fry). Masa diberi untuk memasak adalah 20 minit sahaja. Semua peserta mematuhi peraturan yang ni..

3. keputusan juri adalah muktamad. (juri ialah kitorg gak hahaha... owh tambah kak ida sebagai juri professional, kitorg takleh bg markah untuk makanan yang kitorg wat)

Mengikut plan asal, kitorg g membeli-belah kol 230ptg tapi sebab hujan, jadi gi lambat sket, around 245 baru bertolak dari UIA. Masa tgh tunggu bas, andi ckp recipe dia guna aiskrim, so terpaksa batalkan hasrat ingat nak wat mcflurry jek..
So on the g JJ tuh kepala ligat pikir nak wat ape.. akhirnya idea dapat waktu shopping. Dalam kepala apa nak jd, jdla.. so balik bilik dah nak dekat asar.. program dijadualkan bermula kol 8. so sume amik keputusan tido dulu..
Malam tuh cam biasala, mula lambat sket pasal Kamilah kena beratur kat cafe sebab dia nak bukak tin untuk bahan masakan dia.. So agak kol 845 camtu start la memasak..
Disebabkan pisau cuma ada 2 dan 1 je yang tajam, and kena lak sume tetiba je nak pakai pisau (kecuali andi), so lambat la skit proses sume org..

Akhirnya agak2 15 minit pastu, sume siap makanan masing2. Ni la nama2 masakan diorang.

Andi: cake in the wonderland (ingredients: cake dicelup ngan aiskrim sundae strawberry)
Kamilah : Salju hatiku (ingredients: cake dengan buah diatasnya yang letakkan yogurt + susu pekat)
Nadzifa : fruit Salad (ingredients: apple, kobis, mayonis, limau digaul bersama)
Asma : Pearl Harbor (ingredients: kaya ball yang dimasukkan anggur ke dlmnya dan dicelupkan ngan aiskrim LaCremeria)
Me : Sandwich Ayam Bonanza (ingredients: Garlic bread, ayam goreng yang buang tulangnya, lettuce, mayonis, dan keropok jigs cheese)

Gambar belum upload lagi nanti2 la..

Keputusannnya ialah...
tempat ketiga dimenangi oleh masakan yang bernama tempat ketiga dimenangi oleh masakan yang bernama salju hatiku oleh Wan Kamilah Wan Abdullah Sabary!!! oleh Wan Kamilah Wan Abdullah Sabary!!!

tempat kedua dimenangi oleh masakan yang bernama Fruit salad oleh Nur Nadzifa Ahmad Azam

tempat pertama pula! dimenangi oleh masakan yang bernama Sandwich Ayam Bonanza oleh Sulafa' Mohd Amin!!!

Hehehe tak sangka pikir recipe last minit pun bleh menang..

Wakaka..

Apapun bermula hari ini kita telah mula menyukai account.. camne nih?? madam tu pandai btol ajar sampai kita pun boleh suke kat subjek yang kita cuba elak/ anti sejak form 2..

Kelas multimedia cancel hari ni, tu pasal boleh wat update..

chow..

Monday, July 9, 2007

kembali ke IIUM...

Wah!!! Dah balik UIA dah dah!!! Pelik rasa bangun pagi-pagi pegi kelas selepas 3 bulan tak de jadual sebegitu rupa.. Camne pun I can feel that this sem are going to be tough. Belum register lagi dah byk program yang beratur dalam calender.

It's going to be different too because for 3 months my life is around kawan-kawan Hira' yang best dan sporting tapi sekarang bersama kawan-kawan yang hebat dan mantap!
Not to mention 3 months with Mar and Salwa (Having you girls around really fill up my days).

So ni nak tunjuk subjek2 yang kita amik.. Sume tough2! Especially account yang tak de basic selain waktu form 3 dulu (and that was almost 6 years ago)



Okey nak bersiap untuk ke kelas terakhir untuk hari pertama.. Next class ialah kelas Multimedia technology. Guess what? lecturer kita ialah Kak Asma Md Ali! Dulu mak mona lecturer kita... sekarang nih senior kita pulak.. entah-entah esok lusa, kawan kita pulak.. who knows? (allahu a'lam)

Apa-apa pun yang penting terima ilmu, siapa yang ajar tak berapa penting!
Fighting!!!

Friday, July 6, 2007

My Shoes...

Today I want to reveal to all, my shoes!! Ahaks..

First and foremost, my NYC shoe that I bought more than 3 years ago in Subang Parade. It was love at first sight.. I haven't got much money with me.. So I ask my BFF (maR) to lend me some. Bila fikir balik di situlah bermulanya titik-tolak kegilaanku terhadap kasut. maR, sebenarnya awaklah yang mendorong kita tanpa awak sedari.. hehehe...

Kasut ni yang dibawa kemana-mana, sehingga kini, tapaknya sudah hilang (waktu jalan kat Sungei Wang).

To date, kasut tu sudah tidak dapat dipakai lagi kerana keuzuran yang teramat, namun kerana jasanya yang terlalu tinggi, belum lagi sanggup untuk membuangnya. Atau anyone have better IDEA than throw it away?
Frame? Put in ARCHIVE?





This shoe have another story. Quite funny actually!
Masa tuh baru daftar sem 1 06/07. Can't remember the right date, but definitely July '06. That day, my class finish early and my fab_5ive colleage ask for company to Sungei Wang, at first I was not in the mood, but when all of my friends are going, I don't want to be left behind. So as soon we arrived in Sungei Wang, we split into 2 groups.
Me and Nadzifa nak pergi tengok2 kasut yang ada kat sungei Wang. Being a virgin to Sungei Wang I was amazed! Banyak giler kedai kasut dia!!!
Me and Nadz tengok kasut tak ingat dunia.. tak pikir pun waktu tu Asma, andi, and Milah tgh wat ape. Tetiba tgh seronok sangat tengok kasut (by that time I already hd eyeing this shoe. It was sale 70%!!) andi ngan Milah datang ajak gi KFC. But that time I seriously didn't hear clearly as my eye was looking for other shoe store that I can ran into, of course I still have Nadzifa with me.. hihi.
Tiba2 je me and Nadz ditarik masuk ke ****, bt b4 that ternampak kedai NOSE kat sebelah.. So I suruh milah, andi and asma make their order first I'll do mine later. TAPI... andi kata tak payah, asma dah beli. So, dengan berat langkah terpaksa masuk, dalam kepala sedang berkata "takpe, lepas makan nih nak terus gi tengok kedai tuh". Tapi bila sampai je kat meja, Asma sedang menunggu dengan meja yang penuh makanan, rupanya that was surprise birthday party for me and Nadzifa.
asma: Apasal korang lambat sangat? makanan dah lama sejuk!
Andi: Saya dah cuba nak tarik, tapi diorang asyik sangat tengok kasut...

Hahaha!!! Sian diorg.. Lepas makan, terus saja pergi ke kedai NOSE, tapi tengok takde kasut yg menarik, so beli la kasut nih. Kasut ni dibeli di MOD, harga asal RM69.90 tapi beli ngan harga RM29.90..

Yang ni pulak, ingat tak kasut NYC tadi yang tapaknya tercabut masa jalan-jalan kat Sungei Wang?, hah bagi menggantikan kasut tu, terPAKSA beli kasut nih. Tak de masa nak cari satu Sungei Wang sebab keadaan NYC yang kritikal.

Jumpa kasut ni kat kedai yang jual kasut lambak2 tapi cantik. So, terus beli kasut dgn harga RM15 je (tiada dalam perancangan nak beli kasut, so takde duit).

Bila balik rumah, belek2 la kasut tu.. belek punya belek.. baru perasan bawah tanda harga tu ada tanda harga lain. Eager to know the real price, dengan berhati-hati cabut tanda harga RM15 tuh. Bila bukak je, rupa-rupanya real price kasut nih adalah RM49.90! Disebabkan ini sahaja flat yang ku miliki, sekarang inilah kasut yang menggantikan tugas NYC!!.




Ini kasut yang paling muda antara semua kasut yang ku miliki. Baru pakai 3 kali. Ini pun ada cerita gak.
Hari tu pergi Times Square (TS), atas sebab2 tertentu dan memang tiada dalam plan untuk membeli kasut.

Ptg tu hantar kak ngah ngan athif gi HKL then kitorg (me + kak long) naik monorail gi TS. HKL ngan monorel agak jauh gak (kalo jalan kaki). So, nak dijadikan cerita, tersilap pakai kasut. Disebabkan banyak sangat berjalan, kaki telah melecet dengan sgt teruknya. Nak tak nak kena beli kasut lain.. ingat nak beli sandal je tapi tak de yang menarik + murah.

So sampai kat kedai VK.I. Nampak kasut nih, try pakai. Hmmm tiada berlaku geseran yang banyak sewaktu berjalan (maksudnya tak menambah melecet yang sedia ada) + menarik + RM20 je! What's the reason not to buy???
hehe.. So akhirnya beli jugak..

Sekarang lagi beberapa hari 1 hari nak masuk UIA, tapi tak beli kasut kelas lagi.. camne yek???

Untuk makluman, kasut Pink tu tidak sesuai untuk dibawa ke kelas.. tak tahan hujan badai.

Tuesday, July 3, 2007

BiSKut YaNG CoMel...

Hari ni me and my friends (neeb, salwa, and ecah) main masak-masak!

Buat Chocolate Chip Cookies


This is the recipe:





Ingredients:





1 bongkah BUTTER


1 cup CASTOR SUGAR


1 cup BROWN SUGAR


2 EGGS


1 tsp SALT


1 tsp BAKING SODA


1/2 cup chopped WALNUT


1 cup CHOCOLATE CHIPS


3 cups FLOUR





Steps:



  1. Cream the Butter, then mix the sugars together and add them gradually to the butter, beating until the mixture is smooth and fluffy.

  2. Beat in the egg and vanilla essence.

  3. Sift the flour with the salt and soda.

  4. Stir it into butter-and-sugar mixture and mix to a smooth batter. Stir in the nuts and chocolate chips.

  5. Drop teaspoonfuls of the mixture on the baking sheet, and bake the cookies in the oven, for 10 to 15 minutes or until they are slightly browned.


The results?

Hasil kerja tangan NeEb

My customize biscuit for my name

My so-called gingerbreadman (or should i say choc. chip man?)

After 10 minutes in the oven.. FAT choc. chip man


MARI MAKAN!!!

5 days more to go left for my HOLIDAYS.. A part of me want to stay home, but other part want to go back to GOMBAK.. Milah, Nadzifa, Asma', Andi.. miss you!!!