Semalam ada departmental meeting dari pg sampai petang lunch.. So tgh makan ngan staff sume, perasan sorang akak ni makan acar nenas semata! Menu semalam adalah:
nasi minyak
ayam masak merah
kurma daging
dalca terung
acar nenas
buah-buahan
kita tanya "Takkan akak makan tu je kot?.."
Dia jawab "Takpelah.. jaga badan"
FYI.. akak ni orangnye sangat la kurus.. so I said to her..
"Ala akak.. hari ni boss belanja makan je la.. karang kempunan. Akak ni kurus sgt dah.."
"Tak cukup kurus lagila.. kena jaga badan , nanti suami lari"
Lepas dengar dia ckp camtu kita senyap..
Suami lari sebab isteri gemuk..
Lepas kita dengar tuh kita teringat satu post kat blog yang kita terbaca.
Kita patut kahwin ngan orang sayang,
atau dengan orang yang sayang kita?
jawapannye:
Semua pun bukan...
Kita kena kahwin ngan orang kita sayang kerana Allah,
Orang yang sayang kita kerana Allah..
Kalau orang tu sayang kita kerana allah, insya-allah tak terjadi kejadian suami lari sebab isteri dah gemuk.
Kalau tak nak isteri gemuk, kenapa tak amalkan gaya hidup sihat? *This refer to myself, thank you very much
Kenapa kita sensitif ngan bab ni?
First I am not one of those skinny girls..
Second I love food.. Very Much!
Kita di"besar"kan di mana orang sekeliling suka dan pandai masak masakan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi..
Mak ngan abah berasal dari negeri sembilan, jadi gulai lemak ________ *sila isi tempat kosong.. memang selalu dalam menu..
Abah suka masak.. apa sahaja! tapi yang tip top ialah yogurt mangga dan nasi briyani abah's style!
Angah dan kak ngah yang amat suka cream cheese.. dari cheesecake sampai la ke cheese tart..
*Mind you most of the time angah punya cheese cake lebih sedap dari cake di secret recipe!
Siddiq yang pandai masak nasi lemak yang berlemak..
Freezer kat rumah tak pernah, kosong dari aiskrem..
Jangan salah sangka! Kita tak kata ni salah diorg.. I love food kan? So pape pun yang menyumbat adalah kita.. So yang salah adalah kita..
Tu baru sikit.. Ditambah dengan duduk di asrama SMIH dengan kengkawan yang semua nya makan dengan lahap sopan.. Persaingan sangat hebat.. semua pun suka makan.. makan bukan sikit.. hampir semua jenis bottomless.
Bila masuk UIA lagi2 masuk final year.. stress level is too high.. so MAKAN.. ahaks..
Kesimpulannya di sini segala usaha untuk diet adalah sia-sia dengan byk hasutan2 di sekeliling..
TAPI EXERCISE ITU PENTING!!
Jadi marilah bersenam.
senam untuk kesihatan anda,
20 minit setiap sesi,
dalam seminggu hanya 3 kali..
Sekali lagi post untuk merapu...