Friday, November 30, 2007

Hogwarts School of Witchcrafts and Wizardry

Akhirnya setelah lebih sebulan tak merantau di alam blog akhirnya berjaya jugak habiskan explore semua yang kat dalam list tepi nih...

Tengah explore2 terbaca kat blog k.la pasal nih.. teringin nak wat. Memandangkan kita mengikuti Harry Potter series so nak gak tahu rumah apa agaknya kita akan masuk kalo kita di Hogwarts


Ravenclaw!


waahh... Kita tergolong sama ngan Luna Lovegood, Cho Chang..
wise, smart, clever, witty... (ye ke?? musykil)

Tuesday, November 27, 2007

Netball (budak-budak vs org tua [eheh tua ke?])

Last Saturday, kak sarah seth berjaya kumpulkan lebih kurang 2 team bola jaring dari alumni hira'. Main officially dalam 3 game. Malas nak cerita panjang.. tengok la gambar nih...



Bergambar dengan bola jaring.
(Nadzirah, NeEb, Piah 5 ringgit)


Goal Shooter (Kak Dijah), and Goal Keeper (Farahin) tengah tunggu bola datang


Lepas 1st game, berehat, sambil minum air + makan roti


Team orang tua.. hehe jangan marah aaa... sedar diri yeee


Mesyuarat RAHSIA...


Go tikah, go tikah..


Semua yang hadir...
( Atas dari kiri: Kak Sarah seth, Neeb, atiqah DS, Fatin, Timah Zara,Intan, Farahin)
( Tengah dari kiri: Me, Aqilah DS, Erun, K.Dijah, Salwa, MaRais, Tikah Jo)
( Duduk dr kiri: Afira, Mariah, Nadzirah, Saffa, Iklil)


Lagi bergaya...


The person who make it happen.. Arigato Gozaimasu..


Click!

Bila nampak kamera...

Nice being around friends..

Jadi, all in all, ada ramai majoriti yang hadir adalah dr batch 11 dan 12, 4 orang dr batch 9 (me, neeb, mar, piah) , 1 batch 8 (Kak djah), 1 batch 3 (Kak sarah). oh yea mariah, wakil budak tak habis sekolah, Batch 14.

p/s: Gambar2 telah ditapis mengikut shara'. (Maksudnya yang ternampak aurat , atau yang dirasakn tidak sesuai, tidak kita siarkan. Harap maklum)

Sekian saja dilaporkan.

- tukang bawak air + kamera girl + wakil team orang tua.



Tuesday, November 20, 2007

hehehe...

Fuhhhh... baru selesai hanguruskan sepupu kahwin. 2 orang sekali. Seorang kat bagi, sorg lagi kat seremban. So, family kita berkejar-kejaran ulang-alik bangi seremban. Penat! tapi best sebab bukan senang nak wat keje sama-sama ngan cousin yang ramai2 tuh.

Walaupun 17hb is the big day, tapi since 8hb lagi dah start big preparation, siap kita yang tgh exam pun buat yg termampu untuk tolong.

Kita habis exam 13hb ptg. Sebenarnya 14-16 hb ada mukhayam, tapi disebabkan dah berjanji ngan kawan2 untuk buat "project 2-in-1" so, i told kak maniha yang kita tak leh datang that 14hb for the mukhayam. I asked around untuk ikut sesiapa yg mungkin pergi after 14hb, but unfortunately there are none, dissapointed but.. entah bila "project 2-in-1" tu dah berlalu, i still think it's not worth it to leave the mukhayam for the "project 2-in-1". (Sapa nak tahu project 2-in-1 tu apa hantar e-mail personal k?")

Sebab beberapa masalah ngan ofis hafsa, me and my friends kena balik 14hb night tu gak, eventhough planning to go back on 15th. Sampai rumah cam biasa, kemas rumah yang bakal mengisi 14 org. Buat kerja-kerja dapur etc.. And prepare for the wedding...(Semua balik, budak sekolah cuti, Uni pon sama, yang keje memang dok rumah, abang sorg je takde). Ramai nye!!!! BEST!!

On 16th, pergi sekolah pergi tengok raiyan yang tengah ambik SPM, dia teringin nak jumpa athif, so teman kak ngah gi jumpa raiyan.Gi sana, jumpa junior-junior... haha entah kenapa tetiba je sumer salam kita cium tangan, lawak je rasa. Balik, sebab dah pening, rehat jap, lepas makan siapkan baju untuk dipakai untuk sabtu ngan ahad, (sebab family kitorg ramai, jadi semua kena gosok a day before kalo tak memang tak sempat). Alter baju, gosok, sedar2 dah pukul 2 pagi.. So tido je la, sebab esoknya kena bangun awal kena pergi taman maluri.

Kol 10 kot bertolak dari shah alam ke taman maluri. Sampai je sana rombongan lelaki dah sampai, tok kadi (or should i say Abg Kadi?) je tak sampai lagi. Selesai majlis nikah kat taman maluri, leps makan sket, kami 2 kereta bertolak k seremban pulak, (1 kereta dah chow dulu, total 3 kereta). Sampai je, abah kata kitorg terlepas cousin kitorg lalu bawah pedang. Lepas tu pak tam tunjuk video, .. oooo rupa-rupanya cousin kitorg kahwin ngan Kapten rupanya, udara ke laut ke darat, i tak pasti yang mana. Kitorg duduk situ sampai kenduri habis, pastu patah balik ke bangi for the last preparation for the wedding tomorrow.

Habis sumer keje kat bangi adalahdalam pukul 11 lebih, then balik shah alam, sampai shah alam dah pukul 12 lebih. Buat itu- ini akhirnya tertido.

Esoknya, pagi-pagi kol 8 dah siap-siap untuk ke bangi. Then kat sana prepare for the wedding. Dengan hujan nya, dengan layan mak datin nya, layan athifnya, tak msuk cousin2 yang amat nakal itu lagi. fuh akhirnya balik rumah kol 7 malam. warghh penatnya!!! Tapi 1 thing la pasal wedding ni, ia berjaya menyatukan cousins kak dira from both sides. Its really cool. So lepas ni tak de la kekok sangat kalo jumpa diorg lagik.. Best gak..

Hari ni bangun2 Yah kejut sebab Mak cik Ari dah naik, nak kemas. Ok bangun, kemas masak, jaga athif, lipat baju, biasala dah duduk rumah itu ajelah kejenya. esok kak ngah mintak teman dia pergi hospital. Medical check-up athif. Datuk nak tengok how he's doing after removed the saluran air.. kitorg tengok dia ok jek.. makin kuat makan yelah..

Plan banyak tak wat lagi. Gayut ngan mar, buat carrot cake, beli + burd dvd sebab hard disk dah penuh, apa lagi? Oh ye mar, give me a call we arrange for a date?? hehe Salwa ngan neeb pun mesti tgh tuggu tuh..